Jubah Baru

Resepi Asam Pedas Tumis (Melaka)


Bahan-bahan:

ikan tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli
  • 7/8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci persegi belacan
  • 1 inci kunyit hidup (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
  • 1 cawan air asam jawa
  • cili yang telah dikisar (dapat yang digiling lebih sedap)
  • 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
  • sedikit halba
  • 1 inci sedikit halia
  • Air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka.
  • Cara memasak:

    • Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. Kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
    • Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
    • Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
    • Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
    • Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
    • Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
    • Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
    • Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
    • Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
    • Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.

    Note : Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang dulu sebelum guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit)

    1 comment:

    anie,Nagoya said...

    Assalammuallaikum.

    mnta izin copy resepi,asam pedas

    Related Posts with Thumbnails