Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Black Pepper Steak


Bahan-bahan:

  1. 1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
  5. 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
  6. 1/2 cawan kicap manis
  7. 1 cawan air
  8. 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
  9. 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
  10. biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
  11. 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan
  12. 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
  13. 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
  14. 2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
  • Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
  • Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
  • Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
  • Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
  • Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
  • Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
  • Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.Siap untuk dihidang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails