Jom Cantik!

Resepi Ikan Kerapu Masak Asam Manis


Bahan-bahan :

Bahan A
  1. 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung
  2. 1 biji telur ayam
  3. Sedikit minyak (untuk goreng)
  4. Garam secukup rasa

Bahan B (utk sos)

  1. 5 ulas bawang merah - dikisar
  2. 5 ulas bawang putih - dikisar
  3. 3cm halia 1 batang serai - dititik
  4. 1 helai daun pandan
  5. 3 sudu cili sos
  6. 1 sudu cili giling sedikit kunyit hidup
  7. 3 sudu tomato sos
  8. 3 cawan air
  9. Sedikit cuka masak
  10. Garam secukup rasa

Bahan C

  1. 1~2 labu Bawang besar,
  2. 2 biji cili merah,
  3. 1 biji lada masala hijau
  4. 1/2 biji nanas/ 1 tin kecil nanas dalam tin
  5. 1/2 biji timun.

Cara memasak:

  • Gaulkan bahan-bahan A dan goreng ikan hingga rangup.
  • Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun pandan dan serai sehingga bau naik. Masukkan cili giling dan kunyit. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa. Kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
  • Gorengkan bahan-bahan C dengan sedikit minyak dan tabur ke atas hidangan tadi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails