Jubah Baru

Resepi Nasi Ayam Hakka


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam segar
  • Kicap cair
  • Minyak Bijian
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 1 ketul kecil halia
  • Beras 2 tin susu
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil serbuk perisa
  • Sedikit lada putih

Cara memasak:

  • Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Cucuk paha ayam dengan lidi, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
  • Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
  • Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
  • Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
  • Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
    Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

1 comment:

ChE naD said...

saya pernah makan ayam hakka dgn nasi jer..
Ayam (di potong kecil)diperap dgn telur, lada sulah, dan garam ...
selepas di perap 15 min.. ayam di salut tepung gandum dgn oat..
pas tu.. di goreng..
sementara itu kuah di sediakan dgan tumiskan bwg merah, bwg putih, sehingga naik bau..
Then, masukkan cili hijau yg dihiris dan cili padi/cili merah...
next..msukkan bahan perasa dan tambahkan air.. tapiiii... kuahnye kena pekat... so.. tambahkan campuran air dan tepung jagung .. supaya kuah nampak pekat...
lebih sedap lagiiii
tambah lah lobak ke.. cendawan ke...tunggula smpai msk..
hehehehe pastu.. sira/ tuangkan kuah diatas ayam goreng.. nak hias.. masukkan daun sup dan daun bwg... sedap.. makn dgn nasi...ayam goreng pun boleh dimakan tanpa kuah... hehehe..

Related Posts with Thumbnails