Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Puding Koktel Berkuah


BAHAN2 UNTUK PUDING:

  1. 1 paket agar-agar
  2. 4 cawan air
  3. 2-3 sudu besar tepung kastard
  4. 1 tin susu cair
  5. 5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
  6. Daun pandan

BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin koktel
  • ½ tin air 2-3 sudu besar tepung kastard
  • Gula (Anggaran manis)
  • sedikit garam
  • Daun pandan

Cara:

CARA MEMBUAT PUDING:

  • Masak agar2 dengan air hingga larut.
  • Masukkan gula & daun pandan.
  • Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi.
  • Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih.
  • Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2.
  • Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.

CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:

  • Masukkan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut.
  • Masukkan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata.
  • Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi.
  • Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.
  • Hidangkan puding didalam mangkuk & tuangkan kuah koktel.

No comments:

Related Posts with Thumbnails