Jubah Baru

Resepi Rojak Ayam ... nyum nyum


Bahan-bahan

untuk rojak :
  1. 2 dada ayam (bhg daging yg ada tulang lembut tu) .... potong dadu .... atau suku ekor ayam .... potong kecil2
  2. garam, serbuk kunyit dan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
  3. 3 biji telur rebus .... potong 2 setiap satu
  4. 3 keping tahu .... goreng dan potong dadu
  5. 1 biji sengkuang saiz kecil .... potong kecil2 pjg2
  6. 1 batang timun saiz kecil .... potong kecil2 pjg2
  7. 1 pokok salad... potong 1 inci
  8. 500 grm mee kuning .... basuh dan celur

untuk kuah :

  1. 500 gram kacang tanah....goreng tanpa minyak, buang kulit & mesin kasar/separa halus
  2. 2 sudu makan udang kering
  3. 1 1/2 cawan air
  4. 1/2 cawan air asam jawa (pekat)
  5. suku cawan gula merah
  6. suku cawan gula pasir
  7. 1/2 cawan minyak masak
  8. garam secukup rasa
  9. 3 sudu makan cili boh
  10. 3 batang serai ... ketuk2kan
  11. 1 inci halia... blend
  12. setengah inci lengkuas... blend*
  13. 8 ulas bawang merah .... blend*
  14. 4 ulas bawang putih .... blend*
  15. 2 biji buah keras .... blend*

*Semua bahan blend di'blend' bersama2 dengan 1/2 cawan air.

Cara membuatnye:

  • Buat kuah dulu.... Panaskan minyak, masukkan bhn2 yg telah di'blend', serai dan udang kering hingga wangi
  • Masukkan cili boh. Goreng sampai terbit minyak.
  • Masukkan garam, gula merah dan gula pasir. Gaul rata.
  • Masukkan air dan air asam jawa. Gaul rata
  • Masukkan kacang dan masak hingga naik minyak. Tutup api.
  • Buat rojak.... Gaulkan ayam bersama sebuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak.
  • Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan ayam goreng.
  • Tuangkan kuah kacang. Siap untuk hidangan 4 orang.

1 comment:

Manjot said...

buah keras tue ape kak?

Related Posts with Thumbnails