Jom Cantik!

Resepi Acar timun masak

Bahan-bahan ( 4 orang )

1 batang timun
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
3 sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
Panaskan minyak, tumis bawang putih
Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
Masukkan air. Biar sampai mendidih
Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

No comments:

Related Posts with Thumbnails