Jom Cantik!

Resepi Ayam Bakar India

Bahan-bahan:

1 ekor ayam muda
Sedikit minyak
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris halus)
½ cawan lobak merah diparut
Hati ayam dipotong nipis
¼ cawan badam (digiling)
3 ¼ cawan tairu
1 camca besar ketumbar-digiling
3 ulas bawang putih- digiling
1 camca kecil garam-digiling
Sedikit air limau nipis

Cara Penyediaan:

Ayam dibersihkan dan ditoskan, cucukkan dengan garpu. Gaulkan ayam bersama bahan giling dan perapkan selama 20 minit. Panaskan minyak, tumiskan bawang, hati ayam dan lobak merah, masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan bahan ini ke dalam perut ayam. Pukul tairu bersama badam hingga sebati. Bakar ayam selama 1 1/4 jam sambil direnjis-renjiskan tairu tadi pada ayam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails