Jubah Baru

Resepi Bubur Jagung bersama Pisang


Bahan-bahan:

1 cawan isi jagung
3 biji pisang nangka- potong kecil
1 sudu makan sagu mata ikan
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan - simpulkan
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Masukkan air, jagung, pisang, garam,gula dan daun pandan dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.

Masukkan sagu mata ikan dan santan. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails