Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Bubur Sum-sum


Bahan-bahan:

1.5 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
1/2 sudu teh garam


Cara penyediaan:

Panaskan kukusan.

Satukan kesemua bahan dan tapiskan dalam periuk. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yang telah disapukan minyak. Kukuskan selama 5 minit. Tutup api dan sejukkan.

Potong dan hidangkan bersama air gula merah.


AIR GULA MERAH

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara penyediaan:
Panaskan semua bahan sehinggan mendidih. Tapiskan dan sejukkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails