Tawaran Menarik!

Resepi Ikan Masak Paprik


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap/kerapu/bawal (ikan saiz besar)
15 ulas bawang putih (ditumbuk)
15 biji cili api (ditumbuk)
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
3 batang kacang panjang - potong panjang seinci (jika suka)
3 batang putik jagung (jika suka)
Sedikit kobis bunga (jika suka)
¼ batang lobak merah - potong bulat (jika suka)
air perahan dua biji limau nipis
¼ cawan air
2-3 helai daun limau purut
sedikit gula, garam dan serbuk perasa
1 batang serai - diketuk


Cara Penyediaan:

Ikan  dibersihkan, goreng bersama kunyit dan garam , ketepikan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api yang ditumbuk hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, lobak merah, kacang panjang, putik jagung, kobis bunga, serai, air dan air perahan limau nipis,  tunggu hingga mendidih.

Perisakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan ikan dan daun limau purut. Gaul rata seketika.

Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails