Jubah Baru

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

1 kg Ikan Siakap
8 biji Lada Merah Hidup dicincang halus
Satu biji Bawang Putih dicincang halus
4 biji Bawang Merah dicincang halus
2 keratan Nenas melintang dipotong dadu
3 ½ batang Serai dititik (saiz sederhana)
Sos Ikan Secukup rasa
Sos Tiram Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Serbuk Kunyit Untuk salutan ikan
Kicap Soya Secukup rasa
Daun Ketumbar Sebagai hiasan
Lada Sulah Secukup rasa
1 sudu besar Tepung Jagung

Ikan

1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.

2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah

3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.

4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.

5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.

6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.

7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.

8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak.
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak.

Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing

No comments:

Related Posts with Thumbnails