Jubah Baru

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar - dihiris halus Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
Daun pudina agak lebih sedikit
sedikit daun ketumbar - di hiris halus
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
garam
optional aji-no-moto
2 biji tomato - dipotong dadu
2 biji bawang putih ]- dikisar
1 cm halia ]
4 sudubesar kari daging Babas
1 sudubesar tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih


1) Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.

(2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau rata-rata.

(3) Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit.

(4) Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit.

(5) Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.

Tuangkan kari ayam yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun ketumbar. makanlah bersama roti perancis atau roti rengis/jala pasti enak.

Nota: mesti gunakan daun pudina supaya kari lebih harum dan enak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails