Jom Cantik!

Resepi Lemang Segera


Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut [basuh dan rendamkan sekejap]
2.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Daun pisang [bersihkan dan lapkan]
tali rafia

Cara penyediaan:
Panaskan kukusan. Masukkan beras pulut, santan dan garam dalam loyang. Kukuskan sehingga santan dan pulut masak anggaran selama 30 minit.

Ambil separuh pulut dan letakkan atas duan pisang. Bungkuskan pulut dalam daun pisang sehingga padat dan ikat kedua hujung daun saperti buat pulut panggang.

Masukkan ketulan pulut yg di bungkus periuk dan rebuskan selama 30 minit. Keluarkan bungkusan pulut dan toskan.

Jika suka boleh panggang sikit supaya ada kerak dikeliling pulut. Potong bila sudah sejuk dan hidangkan dengan rendang atau sambal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails