Jom Cantik!

NASI KERABU

Bahan-bahan:

Nasi putih/nasi warna biru..

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :

Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah,
bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam.
Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Masak santan sehingga mendidih.
Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula.
Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
Masukkan santan cair dan kacau.
Perlahankan api.

Biarkan sehingga beberapa minit dan
kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

SOLOK LADA
Beberapa biji cili hijau (sebaiknya warna hijau keputihan tu)
dibelah dua memanjang..buangkan bijinya

Isi ikan....ikan kembung/tenggiri...anggaran 1 cawan
kelapa muda (parut) ...1 cawan
3 ulas bawang merah...mayang
1 biji telur
garam

Cara:
1. Semua bahan ni digaul dan masukkan dalam cili hijau tu.
2. Kukuskan cili ni selama 15 minit.
3. Hidangkan bersama nasi kerabu...

Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Gaulkan semua ulam-ulaman.
Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan,
kuah dan budu untuk dimakan.

Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...
atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

No comments:

Related Posts with Thumbnails