Jubah Baru

Resepi Rendang Tok



Bahan-bahan

500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
55 gram (1/2 cawan kerisik)
1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
garam
gula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili
2 biji bawang besar, dikupas
6 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
3cm halia, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan).

No comments:

Related Posts with Thumbnails