Jom Cantik!

Resepi Biskut Mazola

600 gram kacang yang dimesin halus
600 gram tepung
1/2 kati gula yang dimesin halus
Minyak mazola /jagung
Telur kuning

Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper). Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya.

cara lain :

1 cawan kacang dikisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak
4 cawan tepung
kuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)

1. Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati.
2. Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut.
3. Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails