Jubah Baru

Resepi COUSCOUS AYAM

Bahan-bahan :
2 cawan gandum couscous di cuci bersih dan direndam sedikit air selama 1/2 jam. Toskan air dan letakkan diatas alat penngukus.
1 ekor ayam di potong lapan
3 biji bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm mentega
2 camca besar paprika
2 camca kecil serbuk jintan manis
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk lada hitam
2 biji terung bulat dibelah empat
Lada capsicum merah dan hijau didadu lebar
Lobak 2 batang batang dipotong lebar-lebar
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji kentang dipotong lebar-lebar
1/2 cawang kacang kuda direbus terlebih dahulu
Segengem daum ketumbar dicincang kasar
2 biji buah tomato dipotong empat

Cara membuat :
1. Panaskan periuk dan tumiskan bawang-bawang bersama mentega
2. Masukan ayam paparika, jintan manis dan kunyit. Goreng sampai wangi
3. Masukan 2 cawan air serta semua bahan-bahan sayuran dan daun ketumbar
4. Tenggekan gandum coucous diatas periuk pengukus dan kukuslah bersama lauk-lauknya dibawah selama 1/2 jam.
5. Tambahkan garam. Sebelum disajikan gaulkan sedikt mentega bersama coucous tadi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails