Jom Cantik!

Resepi Ikan Masam Manis

BAHAN2

1 ekor ikan kerapu
100 gram batang seleri -dicincang
100 gram bawang besar - di cincang
100 gram tomato- dicincang
3 ulas bawang putih - di cincang
1 cm halia - dicincang
2 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 3 sudu besar air.
sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dibersihkan dan keringkan dengan tuala kertas.kemudian lumurkan ikan nie ngan garam dan tepung jagung dan goreng sampai kuning.

2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yg telah dicincang hingga naik bau nya.

3. masukkan sayur2an dan kacau selama 10 min.kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seterusnya masukkan semua sos dan masak lagik 5 min.

4. utk memekatkan kuahnya masukkan larutan tepung jagung, garam serta gula secukup rasa.
i
5. Bila hendak dihidangkan tuangkan kuah nie keatas ikan tadi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails