Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Ikan Patin Belada

BAHAN:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering ]*
5 ulas bawang merah ]*
3 ulas bawang putih ]* Semua
½ inci halia ]* bahan ini
½ inci kunyit hidup ]* ditumbuk
1 sudu kecil kerisik ]*
½ inci belacan ]*
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
3 tangkai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing. Masukkan rempah kari dan kerisik.
2. Tumis lagi dan masukkan sedikit air. Masukkan pula perahan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan ikan masak.
4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails