Jom Cantik!

Resepi Ikan Terubuk Masak Asam Pedas

Bahan-bahannya :
Seekor ikan terubuk dibersihkan dan dipotong mengikut suka
Sebatang serai di titik
Asam keping
Garam, serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan untuk dikisar :
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Cara menyediakannya :
1. Tumiskan bahan yang di kisar.
2. Masukkan serai yang dititik. Biarkan sebentar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ikan. Gaulkan perlahan-lahan
4. Masukkan air sedikit dahulu. Gaulkan & biarkan sebentar
5. Masukkan air selebihnya. Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan assam keping dan biarkan ia menggelegak.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails