Jubah Baru

Resepi Pulut Teratai

Bahan-Bahan
150g beras pulut
3 helai daun teratai kering
2-3 utas tali rafia
25g biji teratai
3 keping cendawan kering
100g ayam
6 biji buah berangan kering
1 sdm udang kering
1 biji kuning telur asin
½ sdt air
1 sdt bawang putih
1 genggam kacang gingko
1 sudu kicap cair
1 sdm sos tiram
1 sdm minyak bijan
1 sdt gula
½ sdt lada sulah
1 sdt kicap pekat


Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, cendawan kering, kacang gingko, udang kering dan buah berangan kering.
2. Masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, kicap pekat dan gula.
3. Pulut direnjiskan dgn air untuk menghilangkan lekit kemudian digaul.
4. Campurkan pulut bersama bahan yg telah ditumis dan kacaukan sehingga rata.
5. Letakkan pulut ke atas daun teratai, masukkan kuning telur asin ditengah pulut kemudian tutupkan dgn pulut di atasnya.
6. Akhir sekali, bungkuskan pulut ke dalam daun teratai lalu diikat dgn tali rafia. Kukuskan selama 25 minit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails