Jom Cantik!

Resepi RENDANG MINANG

RENDANG MINANG

Bahan-bahan

600 g daging lembu
200 g bawang besar
50 g bawang putih
2 cm lengkuas
80 g cili api
3 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 1/2 biji kelapa, diperah santannya
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara membuat

• Rebus daging hingga empuk. Sejat air rebusan dan ketepikan daging.
• Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup. Gaul bahan dikisar tadi bersama daging hingga sebati.
• Masukkan santan dan asam gelugur di dalam periuk bersama daging. Kacau rata menggunakan api sederhana. Masak hingga pekat dan kering dan masukkan garam dan gula serta daun kunyit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails