Jubah Baru

Resepi Hati Lembu Goreng Sambal

Bahan:
500 gr hati lembu, potong dadu 1½ cm
½ sdt garam
1 sdm jus limau nipis
- - Minyak untuk menggoreng
2 helai daun salam
1 cm lengkuas, diketuk
1 batang serai, ambil bagian yang putih, diketuk
2 tangkai cili merah besar, buang bijinya, hiris menyerong nipis
75 gr kacang peas muda, buang hujungnya

Kisar halus:
8 butir bawang merah
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah, buang bijinya, rebus
1 buah tomato merah
1 sdt garam
1 sdt gula merah
½ sdt belacan bakar

Cara membuat :
1. Gaul rata hati lembu, garam, dan jus limau nipis. Perap selama 15 minit, toskan.
2. Goreng hati dalam minyak banyak dan panas di atas api sederhana hingga masak dan garing. Angkat, toskan.
3. Panaskan kembali 3 sdm minyak masak dari bekas menggoreng hati, tumis bahan kisar, daun salam, lengkuas, dan serai hingga harum dan masak.
4. Masukkan cili merah dan kacang peas, kacau hingga layu. Tambahkan hati goreng, kacau rata. Angkat, sajikan hangat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails