Jubah Baru

Resepi SHABSUKA

SHABSUKA

Bahan-bahan

1/2 kg daging kisar
4 sudu makan rempah kari
3 sudu makan bawang kisar
1 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit halia dihiris
3 sudu makan tomato puree/sauce
5 biji buat tomato dipotong dadu
2 biji telur
1 tangkai cili hijau

Cara-cara

• Tumis rempah kari dan bahan2 yang dikisar.
• Dah garing, masukkan bawang yg telah dipotong dadu dan tomato sos, kemudian masukkan daging kisar.
• Agak-agak dah masak, taruk pula buah tomato. Barulah pecahkan telur.

Resepi RENDANG RAMADHAN

RENDANG RAMADHAN

Bahan-bahan
600 gm daging lembu
1 litre santan dari 2 biji kelapa
50 gm kerisik
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan kasar

Tumbuk
4 sudu makan lada kisar
2 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
2 sm lengkuas
garam dan gula


Cara-cara

• Masukkan daging, santan dan bahan-bahan kisar kedalam periuk dan masak hingga daging empuk.
• Masukkan kerisik, jintan putih dan jintan kasar. Masak hingga kuahnya agak kering.
• Masukkan garam dan gula. Rasa dan tambah perasa jika suka.

Resepi Rendang Daging

RENDANG DAGING

Bahan-Bahan

600 g. daging lembu tanpa minyak
2 g. (2 keping) asam keping
25 g. (3 sudu besar) minyak sayuran
200 ml. (1 cawan) air
20 g. (4 helai) daun kunyit, dihiris halus
1 sudu teh garam
75 g. (½ cawan) isi kelapa untuk dibuat kerisik
2 cawan susu rendah lemak
Bahan-Bahan Untuk Digiling:
200 g. (20 biji) bawang merah
25 g. (5 sm.) halia
25 g. (5 sm.) lengkuas
2 batang serai
10 g. (10 tangkai) cili kering tanpa biji
20 g. (4 ulas) bawang putih
Bahan Hiasan:
2 helai daun salad
2 biji tomato, dihiris


Cara Cara

• Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah digiling.
• Bila garing, masukkan air dan biarkan mendidih.
• Masukkan asam keping dan diikuti dengan susu rendah lemak.
• Masukkan kerisik dan kacau sampai kering.
• Masukkan daun kunyit, garam dan gula.
• Hiaskan dengan daun salad dan tomato. Hidangkan.

Resepi RENDANG MINANG

RENDANG MINANG

Bahan-bahan

600 g daging lembu
200 g bawang besar
50 g bawang putih
2 cm lengkuas
80 g cili api
3 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 1/2 biji kelapa, diperah santannya
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara membuat

• Rebus daging hingga empuk. Sejat air rebusan dan ketepikan daging.
• Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup. Gaul bahan dikisar tadi bersama daging hingga sebati.
• Masukkan santan dan asam gelugur di dalam periuk bersama daging. Kacau rata menggunakan api sederhana. Masak hingga pekat dan kering dan masukkan garam dan gula serta daun kunyit.

Resepi PENCOK DAGING

PENCOK DAGING

Bahan-bahan

1/2 kg. daging lembu
2 cawan pati santan
7 ulas bawang merah
2 - 3 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kerisik (sebaiknya dibuat sendiri- tumbuk hingga keluar sedikit minyak sahaja)
3 biji limau kasturi
2 batang serai
1 inci lengkuas
Sedikit garam


Cara membuatnya
• Potong daging besar-besar (anggaran 2" x 2")
• Rebus daging bersama serai dan lengkuas yang telah dititik serta sedikit garam.
• Setelah daging empuk, hiris nipis-nipis. Masukkan daging ke dalam sebuah bekas yang agak besar bagi memudahkan kerja-kerja menggaul.
• Hiris bawang merah.
• Tumbuk lada hitam hingga benar-benar hancur.
• Masukkan santan, bawang merah yang telah dihiris, lada hitam, kerisik, garam dan air limau kasturi ke dalam bekas yang berisi daging dan digaul mesra. Pastikan pencok berasa lemak, masin, pedas dan masam yang seimbang.

Nota:
Pencok Daging ini hendaklah dimakan segera atau dimasukkan ke dalam peti ais kerana ia menggunakan santan mentah

Resepi DAGING TACO

DAGING TACO

Bahan-bahan

500 gm daging cincang
2 biji bawang besar kuning dipotong dadu
4 biji bawang putih dicincang
1 peket serbuk taco (boleh dijumpai di pasaraya )
8 keping tortilla (roti seperti capati)
1 tin besar tomato yang telah dibuang kulit dalam tin (tomato ini diasingkan kepada dua bahagian dengan nisbah 1:2)
Parutan keju cheddar


Cara membuatnya.


• Tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih.
• Apabila telah naik bau masukkan daging cincang dan goreng. Masukkan sepeket taco seasoning mix.
• Masukkan 1 bahagian tomato.
• Tumis hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
• Setelah masak balutkan daging ke dalam tortilla dan susunkan ia dalam bekar pembakar.
• Kemudian lapiskan ia dengan sos tomato yang dimasak tadi.
• Taburkan keju cheddar parut ke atas lapisan daging dan tomato tadi.
• Bakarkan ia ke dalam oven yang bersuhu 180 darjah celcius selama 10 minit.



Bahan-bahan sos

2 bahagian tomato dalam tin
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil rempah thyme dan basil

Cara membuat sosnya.
• Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.
• Masukkan tomato dan rempah thyme dan basil.
• Biarkan ia pekat dan perasakan ia dengan garam dan gula.

Resepi DAGING MASAK ARAB

DAGING MASAK ARAB

Bahan-Bahan

1/2 kilo daging kambing dipotong kecil
1/2 kilo bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu kecil lada hitam
sedikit garam dan gula jika suka


Cara Cara

• Masukkan semua bahan dalam periuk, masak daging hingga empuk dan pekat, di atas api yang kecil.
• Hidang bersama roti perancis atau roti naan.

Resepi DAGING GORENG KETUMBAR

DAGING GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan

250 g daging batang pinang
1 sudu besar minyak jagung
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada hitam
Sedikit daun ketumbar



Cara membuatnya

• Potong daging nipis-nipis dan rebus hingga lembut.
• Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
• Sejat daging dan goreng dengan bawang hingga garing.
• Taburkan serbuk lada hitam, garam dan lada hitam.
• Masukkan daun ketumbar dan angkat

Resepi DAGING DENDENG

DAGING DENDENG

Bahan-bahan

500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam
5 sudu makan tepung kanji
3 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
2 sm lengkuas dititik
Tumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan
2 sudu kecil ketumbar
4 biji cili merah

Cara-cara

• Potong sebesar ibu jari dan ketuk daging sehingga lembut.
• Gaul daging bersama rempah yang telah dikisar. Perak selama 10 minit.
• Tuangkan kelapa parut, kemudian kacau biar sebati bersama daging dan rempah.
• Kacau telur dan masukkan bersama tepung kanji dan kacau lagi.
• Goreng daging dalam minyak yang panas sampai warnanya kelihatan kekuningan barulah diangkat.

Resepi Pajeri Nenas (acar nanas)

Bahan-bahan:

Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air



Cara memasak:

1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).

Resepi Ayam Kepak Masak Minyak Bijan

Bahan -bahan:

Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram


Cara memasak:

1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.

Resepi Ikan Tiga Rasa

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar


Cara memasak:

1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan

Resepi Ikan Pari Lemas

Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)

Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula

Bahan C:
10 biji limau kasturi

Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit

Resepi Tandoori Kurau

Bahan-bahan:

3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi


Cara:

1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.

Resepi Tom Yam Campur

Bahan-bahan:

Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak

Bahan A –
Blenderkan
Halia 3 inci
Bawang merah 6 ulas
Cili api 20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)

Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....

Resepi Ayam Golek Seri Pahang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak:

1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.

2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.

3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.

4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.

Resepi Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan:

1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung


Cara memasak:

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Resepi NASI PAPRIK

Bahan-bahan:

5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.

2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

Resepi Gulai nenas ikan kering orang utara

Bahan-bahan:

1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis


Cara memasak :

1. Ikan talang direndam.

2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.

3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)

4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.

5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.

6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.

7. Siap dan boleh dimakan.

Resepi Ayam Bercili masak ketumbar

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping


Cara memasak:

1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan

Resepi Ikan Percik

3 ekor ikan kembung (termenung) yang besar
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Bakar Asam

2 ekor anak ikan pari
daun pisang (secukupnya)
10 helai daun limau purut dihiris halus

200gr cili hidup merah
100gr lada kering
2 labu bawang besar
3 labu bawang putih
2 inci halia muda
1 biji limau kasturi
kicap manis secukup rasa
garam
serbuk perasa
minyak untuk menumis secukupnya


Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan.

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api.

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak.

Enak dimakan bersama nasi yang hangat.


Nota : Boleh juga digunakan siakap, ikan bawal hitam atau ikan kembung. Jika suka makanan laut seperti udang dan sotong juga boleh digunakan.

Resepi Biskut Tembikai


Bahan-bahan:

150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
Cara membuatnya

Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Uli perlahan menjadi doh.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya) .
Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar.
Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Resepi Bubur Harira

Bahan-bahan

2 Ulas Bawang Besar
1 mangkuk kecil Kacang Kuda
1 mangkuk kecil Kacang Dal
1 mangkuk kecil Kunyit
1 mangkuk kecil Lada hitam
Su un (betul ker eja, ikut banyak mana)
1 mangkuk kecil Tepung
1 mangkuk kecil Daging (dipotong dadu)
1 mangkuk kecil Ayam (isinya dicincang)
2 biji telur ayam

Bahan Kisar

1 Ikat Daun Ketumbar
1 Ikat Daun Sup
5 Biji Tomato
1 tin kecil Tomato Puri (Tambah Kepekatan)

Cara-cara :

1- Rendamkam sehari terlebih dahulu kacang kuda dan kacang dal

2- Potong sekecil-kecil bawang besar supaya mudah ditumiskan nanti. Kemudian kisarkan bahan kisar. Setelah ditumis, masukkan bahan kisaran tadi. Setelah itu, masukkan kunyit. Penggabungan warna hijau (daun-daun)dan kunyit menghasilkan warna seakan-akan coklat. Kemudian, masukkan daging dan ayam.

Setelah naik minyak atau masaknya tomato, tambahkan air sebanyak mana kita hendak jamukan kepada tetamu. Jangan risau, memang keadaaan cair pada awalnya.

Kemudian, masukkan 2 biji telur serta tepung. Kalau hendakkan kepekatan, tambahkan lagi dua bahan ini. Jangan lupa kacau sehingga betul-betul hancur, kerana ditakuti menjadi kerak yang keras dibawahnya.

Akhir sekali, masukkan kacang dal dan kacang kuda. Biarkan sehingga betul-betul kacang tadi lembut. Matikan api, dan hidangkan.


Bubur Harira
resipi oleh ibnuhazam

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat


Kek Cawan

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.



Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)

Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

Resepi Ikan Bawal Istimewa

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan bawal
1 btg Serai
2 Keping Asam gelugur
3 biji Bawang putih (dihiris)
3 cm Halia (dihiris)
1 biji Lada (merah dan hijau)
250 gm Brokoli (dipotong kecil)
1 batang Lobak merah (dipotong kecil)
2 batang Daun sop (dipotong kecil)
2 batang Cili merah (dipotong kecil)
2 helai Daun limau purut
3 sdm - Air limau nipis
- Sedikit garam dan serbuk perasa
- Sedikit minyak

Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumiskan halia, serai, dan bawang putih . Tumis sehingga garing sedikit.
2. Masukkan air, lada merah, asam gelugur, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, semua sayuran dan daun limau purut.
4. Akhir sekali masukkan air limau dan daun sup.

Resepi Rendang Daging Palembang

Bahan-Bahan
600g daging
5 helai daun limau purut
850ml santan
garam secukup rasa

Untuk giling:
5 ulas bawang putih
1sdt jintan manis
1sdt serbuk kunyit
7.5 sm. halia
7.5 sm. lengkuas
10 biji bawang besar
2 sdt serbuk ketumbar
1sdt jintan putih
1sdt serbuk lada hitam
1sdt sebuk lada putih
1sdt jintan kasar


Cara Cara

1. Santan dimasak dan masukkan bawang yang telah dikisar
2. Masukkan bahan-bahan giling, daun limau purut dan daging.
3. Masak sehingga kering barulah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Ketam Masam Manis

Bahan-Bahan
1 kilo Ketam
1 cawan Minyak
1 cawan Cili yang telah dikisar
1 cawan Tomato puri/sos
1 cawan Tepong jagung dicampur dengan ¼ cwn air
5 biji Bawang putih (kisar hingga halus)
5 biji Bawang merah (kisar hingga halus)
1 sudu besar Perasa
1 sudu besar Cuka
25 gm Asam jawa
3 sudu besar Gula pasir
2 biji Telor ayam


Cara Cara

1. Ketam digoreng dan diketepikan
2. Tumiskan cili hinggga mendidih, campurkan tomato puri, cuka, asam jawa, serbuk perasa, gula pasir.
3. Masukkan air 2 cawan dan tunggu sehingga mendidih.
4. Pecahkan telor dan masukkan tepong jagung yang sudah dicampurkan dengan air ikut pekat sesuka hati.

Resepi Pechel Udang

Bahan-Bahan

4 ekor Udang raja
2 batang Lada merah (dikisar)
3 batang Lada hijau (dikisar)
5 ulas Bawang merah (dikisar)
5 ulas Bawang putih (dikisar)
½ kotak Santan pekat
- Sedikit belacan (dibakar dahulu)
- Sedikit daun cekur (dihiris halus)
- Sedikit air, perasa, garam dan gula.
- Sedikit minyak untuk menumis


Cara Cara


1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan bahan yang telah dikisar tadi dan ditumis sehingga layu (jangan terlalu gareng)
2. Masukkan santan pekat, sedikit air jika terlalu pekat, garam, perasa, gula dan gaulkan sehingga sebati.
3. Padamkan api, masukkan daun cekur ke dalam periuk tadi.
4. Akhir sekali, siramkan rempah ke atas udang yang telah di goreng. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sayur Paprika Ala Thai

Bahan-Bahan

200 gm daging dipotong tipis dan direbus
3 biji bawang putih dicincang
2 biji bawang besar dipotong bulat
3 sm sos tiram
3 sm sos tomato
100 gm bunga kobis
100 gm kobis cina
4 keping cendawan
1 pokok batang bawang putih
100 gm kacang panjang
100 gm brokoli
1 batang lobak merah
½ biji lada besar
sedikit garam dan gula

Cara Cara

1. Rebuskan daging sehingga empuk bersama air daging .
2. Masukkan bawang putih ,bawang besar dan kedua-dua sos .
3. Biarkan sehingga mendidih dan pekat 4. Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata ,
4. Rasa garam dan gulanya.

Resepi Seri Sambal Udang Vouge

Bahan-Bahan
1 kg Udang (tiger prawn)
100g Cendawan hitam
1 biji Bawang besar (dipotong bulat)
2 biji Tomato (dipotong bulat)
2 cm Halia (dikisar halus)
1 biji Bawang besar (dikisar halus)
3 biji Bawang putih (dikisar halus)
20 tangkai Lada kering ditumbuk kasar
1 ½ sudu teh Serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh - Serbuk jintan manis
- Garam dan gula secukup rasa.



Cara Cara

1. Tumis lada hingga garing, kemudian masukkan bahan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik baunya
2. Selepas itu masukkan udang dan ditutup selama lima minit.
3. Masukkan pula cendawan, hirisan bawang dan tomato. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Resepi Tabbouleh

Bahan-Bahan

125g gandum bulga
75ml minyak zaitun
500g daun pasli
75g daun pudina
6 batang daun bawang (dihiris halus)
4 biji tomato dipotong dadu
1 batang timun
jus dari 2 buah lemon
daun salad
garam
lada putih/hitam



Cara Cara


1. Mulakan 1 jam sebelum dihidangkan supaya gandum dapat meresap dangan bahan-bahan lain.
2. Rendamkan gandum ke dalam air sejuk selma 15 min, lalu bilas dan salirkan air yang lebih. Letakkan gandum ke dalam mangkuk bersama jus lemon, garam dan lada putih/ hitam. Campurkan minyak zaitun.
3. Timun, daun pudina dan pasli dipotong halus dan dicampur bersama daun bawang. Rasa dan tambahkan jus lemon jika perlu.
4. Hidangkan bersama daun salad dan buah tomato.

Resepi Botok Botok

(Untuk 2 Bungkus)

Bahan-Bahan

(untuk digiling)
SAYUR SAYURAN:
Pucuk mengkudu hitam
Pucuk Ubi
Pucuk betik
Pucuk belinjau
Pucuk bebuas
Daun selaseh
Daun kunyit (Dihiris)
Daun pisang untuk dibuat bungkus
½ ekor Ikan tenggiri (dipotong empat keeping)

REMPAH:
1 biji Kelapa parut (disangai dan digiling halus)
1 biji Kelapa parut (ambil pati santan 1 mangkuk)
125 gm Rempah kari ikan
10 batang Serai (dikisar)
2 inci Halia (dikisar)
2 inci Lengkuas (dikisar)
20 gm Ikan bilis kering (dikisar)
Sedikit air asam pekat


Cara Cara

1. Bahan bahan yang dikisar tadi digaul rata bersama daun kunyit, rempah kari, kelapa yang dikisar, santan, air asam, garam dan perasa.
2. Pucuk pucuk daun disusun atas daun pisang dan lapiskan bersama ikan dan rempah. Bungkus daun pisang dan ikat bersama tali.
3. Boleh dikukus selama ½ jam.

Resepi Daging Kacang Berempah

Bahan-Bahan
1 ½ sm ketumbar
½ kg daging lembu atau kambing
½ st lada putih
1 cawan santan
6 ulas bawang merah [dibakar]
2 cawan susu kotak [rendah lemak]
5 biji lada merah
1 ½ sm kerisik kelapa
1 sm gula pasir
1 sm air limau
½ st garam
1 tin kacang tanah
5 sm minyak masak
10 potong jeruk asam [campuran] .
½ st halia
½ st kunyit
½ st lengkuas
3 biji buah keras
2 ulas bawang putih

Cara Cara
1. Tumiskan rempah-rempah dari bahan B sehingga gareng
2. Masukkan daging dan kacau sehingga rata
3. Masukkan kelapa goreng ,santan dan susu, kemudian air limau, gula dan garam .
3. Apabila sudah empuk daging dan pekat ,masukkan kacang dan jeruk asam (campuran ) dan hiaskan hidangan mengikut selera.

Resepi Pasta Ala Fizah

Bahan-Bahan
200 gm daging lembu dicincang halus
200 gm daging ayam dicincang atau dipotong dadu
2 biji bawang besar dicincang halus atau dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 helai daun pasli dicincang
2 batang sayur celery dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong dadu
12 biji buah tomato direbus dan dikupas kulitnya lalu dikisar
5 biji buah tomato dipotong dadu
4 keping cendawan jepun dipotong kecil
1 helai daun salam
1 sudu kecil oregano leaves
1 sudu kecil oregano ground
½ sudu kecil thyme
½ sudu kecil crushed chilli (lada serbuk)
½ sudu kecil Italian seasoning
4 sudu makan tomato paste/puree
2 sudu makan tomato ketchup
1 sudu makan minyak masak atau minyak zaitun
1 sudu makan mentega
sedikit serbuk keju parmesan untuk ditabur diatas pasta sebelum menghidang
1 bungkus pasta direbus
sedikit all spices, crushed black pepper & white pepper, garam dan gula secukup rasa


Cara Cara

Panaskan minyak dan mentega didalam periuk .
Setelah panas, masukkan bawang putih, bawang besar dan celeri, tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan lobak merah dan kacau seketika.
Tutup periuk dan biarkan ia masak selama 4-5 minit.
Buka penutup periuk dan masukkan daging ayam dan lembu.
Kacau rata-rata selama 2 minit dengan api yang agak besar kemudian masukkan pula tomato (dipotong dadu) dan kacau lagi .
Masukkan tomato kisar, tomato paste,oregano,daun salam,thyme ,crushed chilli ,all spices, pasli, white pepper, crushed black pepper, gula dan garam .
Kacau rata seluruh bahan tadi dan masak dengan api yang kecil selama 20-30 minit .
Sekali-sekala anda perlu mengacau masakan tadi agar ia tidak hangus .
Buka penutup periuk dan akhir sekali masukkan cendawan, kacau lagi dan masak selama 5 minit.
Setelah mendidih dan sos menjadi pekat, matikan api dan boleh dihidangkan

Resepi Ayam Kasturi

Bahan-Bahan

1 ekor ayam
30 biji bawang merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batng serai
1.2 litre santan
1 sdt limau perahan
sedikit minyak
sedikit garam gula

Bahan untuk digiling:
1 1/2 biji cili kering
1 sm kunyit
5 sm halia
8 biji buah keras
3 sm lengkuas



Cara Cara


1. Ayam dibersih dan ditoskan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan serai
3. Masukkan bahan-bahan giling

Resepi Udang Goreng Tahi Minyak

Bahan-Bahan

BAHAN BAHAN (untuk tahi minyak)

1 biji Kelapa parut (ambil pati santan satu mangkuk)
2 sudu makan Ketumbar
½ sudu makan Jintan halus (dikisar)
½ sudu makan Jintan kasar (dikisar)
4 tangkai Daun kunyit
Masakkan bahan bahan yang dikisar ini bersama pati santan dan daun kunyit sehingga menjadi tahi minyak dan toskan.

BAHAN BAHAN LAIN

½ kg Udang besar (dibelah tengahnya)
2 batang Serai
1 inci Halia
2 biji Bawang besar (yang sedang)
3 biji Bawang putih
6 batang Cili kering
2 sudu makan Rempah kari ikan
2 sudu makan Gula pasir
5 biji Limau kasturi (ambil airnya)
Sedikit garam dan serbuk perasa


Cara Cara

1. Goreng udang bersama tepung dan toskan.
2. Tumiskan bahan bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan, garam, sebuk perasa,. gula dan air limau sehingga garing. Setelah itu campurkan semua bahan tahi minyak tadi dan udang, gaul hingga rata.
3. Akhir sekali, boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi atau diratah saja.

Resepi Ayam Kampung Kapten

Bahan-Bahan

1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong)
15 tangkai Cili kering
20 tangkai Daun kari (diambil daun sahaja)
1 sudu makan Kunyit serbuk
3 biji Bawang besar (dipotong bulat)
3 biji Cili hijau
3 biji Cili merah
1 cawan Santan atau susu cair
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak jagung untuk menumis.


Cara Cara


1. Lada kering, daun kari dan serbuk kunyit dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga kering. Masukkan ayam, garam dan sebuk perasa lalu dikacau rata. Langsung masukkan santan dan sedikit air dan dikacau rata.
3. Apabila ayam sudah masak dan kering, masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar yang dipotong bulat.
4. Kemudian kacau dan masak lebih kurang 5 atau 6 minit. Lalu bolehlah dihidang.

Resepi Ketam Sambal Kari

Bahan-Bahan

500 g ketam
2 batang daun kari
1 batang serai (dititik)
sedikit biji sawi
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 biji buah tomato
cili boh
serbuk kari ikan
2 batang cili hijau
asam jawa
garam

Cara Cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga wangi, kemudian masukkan serai yang sudah dititik tadi.
2. Masukkan semua sekali bahan-bahannya, termasuk serbuk kari ikan, ketam dan gaul hingga sebati.
3. Perahkan sedikit air asam, garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, bila ketam sudah masak bolehlah di taburkan dengan daun ketumbar.

Resepi Pulut Teratai

Bahan-Bahan
150g beras pulut
3 helai daun teratai kering
2-3 utas tali rafia
25g biji teratai
3 keping cendawan kering
100g ayam
6 biji buah berangan kering
1 sdm udang kering
1 biji kuning telur asin
½ sdt air
1 sdt bawang putih
1 genggam kacang gingko
1 sudu kicap cair
1 sdm sos tiram
1 sdm minyak bijan
1 sdt gula
½ sdt lada sulah
1 sdt kicap pekat


Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, cendawan kering, kacang gingko, udang kering dan buah berangan kering.
2. Masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, kicap pekat dan gula.
3. Pulut direnjiskan dgn air untuk menghilangkan lekit kemudian digaul.
4. Campurkan pulut bersama bahan yg telah ditumis dan kacaukan sehingga rata.
5. Letakkan pulut ke atas daun teratai, masukkan kuning telur asin ditengah pulut kemudian tutupkan dgn pulut di atasnya.
6. Akhir sekali, bungkuskan pulut ke dalam daun teratai lalu diikat dgn tali rafia. Kukuskan selama 25 minit.

Resepi Satay Daging Goreng

Bahan-Bahan

500 g daging kambing
5 biji bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 inci lengkuas (dikisar)
4 biji buah keras (dikisar)
100 g gula merah
1 ST jintan manis (dikisar)
1 ST jintan kasar (dikisar)
300g ketumbar kasar (dikisar)
garam secukup rasa
minyak setengah cawan.

Cara Cara

1. Daging diperap dan kemudian ditumis dengan bahan-bahan yang dikisar
2. Satay goreng boleh dihidang dengan roti atau dimakan begitu saja.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan

600g ikan pari (dipotong enam)
1 tangkai bunga kantan (dipotong ½)
2 tangkai daun kesum
1 sdt garam
1 sdt gula
jus asam jawa (30g buah asam jawa dicampur dgn 1 liter air)
(yg dikisar)
6 batang lada merah
3 batang lada kering
1cm kunyit hidup
1sdb serai yg dihiris
4 hiris lengkuas
½ biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 sdt ketumbar
½ sdt belacan

Cara Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar.
2. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kecut selama 2-3 minit.
3. Masukkan bunga kantan yang dipotong ½ serta daun kesum.
4. Campurkan jus asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan bahan-bahan perasa dan hidangkan bersama bunga kantan yang dihiris halus.

Resepi Ayam Ala Belado

Bahan-Bahan

1 ekor ayam
1 batang timun
1 biji lettuce
1 biji limau
2 biji bawang besar
3 biji tomato
3 ulas bawang putih
15 batang
lada merah
halia sebesar ibu jari
sedikit kacang peas
sedikit bawang goreng
garam gula dan serbuk perasa

Cara Cara

1. Ayam dipotong lapan kemudian digoreng
2. Lada merah, bawang besar, bawang putih, halia dan tomato dikisar.
3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga aromanya naik. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan gaul rata.

Resepi Ketam Lada Hitam

Bahan-Bahan
3 ekor Ketam kupiting (dicuci dan siang)
20 biji Lada merah
5 biji Bawang putih
10 biji Bawang merah
4 labu Bawang besar
50 sen Daun ketumbar
50 sen Lada hitam Air, garam dan gula secukup rasa


Cara Cara

1. Lada merah, bawang putih dan bawang besar, bawang merah dan daun akar ketumbar dikisar halus.
2. Lada hitam dikisar kering.
3. Tumis bahan yang dikisar halus hingga wangi dan baru masukkan lada hitam, gula, garam dan air, lalu dikacau rata.
4.Masukkan ketam dan daun ketumbar, masak hingga kering dan taburkan daun ketumbar di atas ketam.

Resepi Sup Tulang

Bahan-Bahan
3 kilo Tulang kambing atau lembu
½ inci Halia
3 biji Bawang besar
8 ulas Bawang putih
7 batang Cili hijau
7 biji Telur
1 sdt Lada hitam
1 sdt Lada putih
2 sdb Tomato Ketchup
1 senduk rata Gula (atau secukup rasa)
½ kotak Paste


Cara Cara

1. Rebus tulang bersama air hingga empuk.
2. Setelah tulang empuk, tinggalkan ¾ setengah air dalam periok
3. Masukkan bahan bahan kisar tadi bersama serbuk lada sulah
4. Ambil paste setengah kotak dan kacau dalam rebusan
5. Kacau hingga rata dan pekat
6. Masukkan Tomato Ketchup dan kacau
7. Bubuh garam secukup rasa berserta gula, lada putih dan lada hitam
8. Kacau sampai mendidih
9. Masukkan telur
10. Ambil cili hijau yang telah dipotong dan taburkan ke dalam kuah.

Resepi Ikan Bakar Selasih

Bahan-Bahan

1 ekor
ikan bawal
sedikit daun selasih
sedikit daun kesum
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
1 helai daun pisang

BAHAN KISAR

15 batang lada kering
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 batang serai
1 sm
lengkuas
sedikit garam dan gula

Cara Cara

1. Letakkan bahan-bahan yang dikisar diatas daun pisang.
2. Masukkan sekali ikan dan dedaun tadi.
3. Bungkus ikan dan bakar hingga masak.
4. Semasa menghidang, perahkan limau nipis diatas ikan.

Resepi Jhalfri Morog

Bahan-Bahan

Rempah-rempah yang diperlukan:
1 sdt paprika
½ sdt serbuk kunyit
2 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan
1 sdt serbuk kari
1 sdt serbuk cili

Bahan-bahan lain:

4 sdm minyak sayur
1 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat)
5 cm halia (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sdm jintan kasar (ditumbuk halus)
675 gram isi ayam (dipotong dadu)
2-3 biji tomato (dipotong dadu)
1 sdm lada jepun yang hijau- capsicum (dihiris)
1 sdm lada jepun yang merah (dihris)
2 sdm daun ketumbar (dihiris halus)
2-4 biji lada hijau (dipotong kecil)
garam dan gula
air perahan limau

Cara Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga garing
2. Masukkan serbuk rempah bersama jintan kasar serta isi ayam lalu kacau hingga daging ayam itu kecut
3. Kemudian masukkan tomato, daun ketumbar, lada jepun hijau dan lada jepun merah, garam, gula, sedikit air dan lada hijau yang dipotong kecil tadi.
4. Akhir sekali, tuangkan air perahan limau dan gaul hingga sebati.

Resepi Roti Perancis Goreng

2 bantal Roti perancis (dipotong dadu)
300 gm Udang hidup (dibuang kulit)
300 gm Daging cincang
2 keping fish cake (dihiris)
300 gm Sawi
300 gm Taugeh

BAHAN BAHAN PERASA
4 sdb Sos tomato
2 sdb Besar kicap manis
½ sdb minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN BAHAN KISAR
15 tangkai Cili kering
2 labu Bawang beasar
6 ulas Bawang putih


Cara Cara

1. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan ¼ cawan air dan bahan bahan perasa.
2. Masukkan udang, daging cencang, fish-cake dan gaul rata.
3. Setelah masak masukkan roti perancis, sawi, taugeh dan gaul hingga rata.
4. Untuk menghidangnya bolehlah di tabur dengan hirisan telur goreng dadar, daun sup, daun bawang , cili hijau dan cili merah.

Resepi Suria Ria Custard

Bahan-Bahan

2 biji telor
125 g gula
75 g custard powder
1,450ml susu rendah lemak
1 tin
buah campuran
biskut (sponge fingers)


Cara Cara

1. Masukkan dalam mangkok; telur, gula dan tepung custard dan kacau lalu tuangkan susu dan kacau rata dan tapis.
2. Jerang diatas api dan masak sampai pekat lalu sejukkan sebentar

Cara Menghias:
1. Atorkan biskut fingers sepenuh mangkok, lalu tuangkan perlahan-lahan sos custard diatasnya dan sejukkan.
2. Tuangkan fruit cocktail diatasnya
3. Enak dimakan ketika sejuk

Resepi Tomato Chicken (Ayam) Ala Melayu

Bahan-Bahan
1 tin kecil Tomato puri
10 batang Cili kering
1 batang Serai
3 ulas Bawang putih
4 biji Bawang besa
½ inci Halia
Sedikit belacan,
gula dan garam

Main Course:
Ayam (chicken leg)Minced Chicken
Diced tomato

SAYURAN (sayur goreng kelapa):
100 gm Sayur bayam/kurma
3 ulas Bawang putih
4 biji Bawang besa
½ cm Kunyit
2 biji Lada hijau
1sudu kecil Rempah tumis
50 gm Kelapa
2 helai Daun kari
Sedikit belacan

STARCH (pilaf rice)
50 gm Butter
½ biji Chopped onion
1 helai Bay leave
200 gm Beras
350 ml Chicken stock
Salt and pepper


Cara Cara
(Sauce):
Kisarkan bawang putih, halia, bawang merah, cili kering, serai dan belacan. Tumis bawang besar yang dihiris, kemudian campurkan bahan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga garing
Campurkan gula dan garam dan juga tomato pure.

Cara Cara (sayur goreng kelapa):
Kisar bawang putih, bawang merah, belacan dan kunyit kemudian ditumis bersama rempah tumis dan daun kari hinggalah garing.
Kemudian campurkan kelapa dan tumis hingga kering dan akhir sekali masukkan sayur kurma/bayam.

Cara Cara (untuk ayam):
Gaulkan ayam cincang dan tomato dan sapukan kepada ayam yung dileperkan kemudian gulung ayam dan ikatkannya.
Kukus kemudian pan-seal

Cara Cara ((pilaf rice):
1. Cairkan mentega, tumis bawang hingga wangi.
Masukkan beras, biarkan hingga mendidih. Tutup.
Gaul nasi dengan mentega.

Resepi Ayam Manis Pedas

Bahan-Bahan
1 ekor Ayam
12 tangkai Cili kering (dikisar)
3 tangkai Serai (dikisar)
3 biji Bawang besar (dikisar)
2 ulas Bawang putih (dikisar)
2 biji Kentang (dipotong dadu)
2 biji Tomato (dipotong dadu)
2 batang Kayu manis
5 biji Buah pelaga
3 kuntum Bunga cengkih (lawang)
2 sudu makan
Gula
Garam, air, serbuk perisa dan minyak

HIASANNYA

Daun salad
Lada merah

Cara Cara

1. Goreng ayam dan toskan, kemudian tumis bahan yang dikisar bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga cenkih sampai garing.
2. Kemudian masukkan kentang, tomato dan air lalu masukkan garam, serbuk perasa dan gula, biarkan hingga masak lalu disiram kuahnya di atas ayam.
3. Hiaskan dengan daun salad dan cili merah.

Resepi Ikan Kukus Limau

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap
15 biji bawang putih (dipotong halus)
3-4 biji limau kasturi - ambil jusnya sahaja
2 sdm daun bawang (dihiris)
15 cili padi
2sdm akar daun ketumbar
2 sdm sos ikan
1 batang serai (dipotong halus)
1 cawan stok ayam


Cara Cara
1. Ikan dibersihkan dan disiang
2. Taburkan cili padi, serai dan akar daun ketumbar. Campurkan dengan sos ikan, ikan stok ayam dan jus limau. Kemudian, taburkan pula bawang putih dan daun bawang
3. Setelah air mendidih, letakkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 15 minit
4. Hidangkan panas-panas

Resepi Kerisik Udang

Bahan-Bahan

1 kilo Udang hidup (dikopek kulitnya)
1 biji Kelapa (dibuang kulit dan diparut)
6 batang Lada merah
3 ulas Bawang putih
6 biji Bawang kecil
½ inci Halia
2 batang Serai
½ inci Lengkuas
20 biji Lada padi
1 helai Daun kunyit
1 ibu jari
Kunyit hidup
Beberapa helai daun limau
Sedikit belacan, garam dan gula pasir
Beberapa helai daun pisang

Cara Cara

1. Udang dibersihkan dan dibahagi dua, sebahagian dikisar dan sebahagian lagi dibiarkan.
2. Kelapa dikisar bersama udang sehingga halus.
3. Lada merah, bawang kecil, bawang putih, halia, lenghkuas, serai, kunyit dan belacan dikisar hingga halus.
4. Satukan bahan bahan yang dikisar dan masukkan udang yang sebahagian lagi bersama daun kunyit, lada padi, daun limau, garam, gula dan gaul sehingga rata.
5. Daun pisang dikerat, masukkan bahan bahan diatas dan bungkus seperti tapai hingga habis lalu dikukus.
6. Sedap dimakan bersama nasi atau roti.

Resepi Laksa Lemak

Bahan-Bahan

600 g bawang kecil
60 g udang kering
40 tangkai
lada kering
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan
Bahan-Bahan (direbus)
1kg ikan selar kuning
2 ½ cawan air
Bahan-Bahan Lain
3 keping daun limau purut
Sedikit halia (dititik kasar)
2 cawan kelapa segar
daun kesum
500 g udang sedang (dibuang kepala sahaja)
3 keping fish cake (dihiris halus)
¾ cawan minyak
1 kg mee laksa
600 g taugeh (dibuang ekor dan dicelur air suam)
1 batang timun (dikopek kulit dan dihiris halus)
4 tangkai cili hidup (dihiris halus)

Cara Cara

1. Ikan direbus dan isinya dikisar halus.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga gareng bersama sama dengan daun limau purut dan halia.
3. Kemudian tuangkan ikan dan sedikit air rebusan nya kedalam bahan-bahan yang ditumis itu.
4. Masukkan santan kelapa segar dan tunggu sehingga mindidih barulah masukkan daun kesum, udang dan kek ikan,
5. masukkan pula garam secukup rasa.

Resepi Ayam Nenas

Bahan-Bahan

½ biji nenas (dipotong dadu)
250 g isi ayam
½ biji bawang Bombay
1 batang lada gombong
2 batang lada merah besar

Bahan Rempah:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdt udang kering
½ sdt kicap
½ sdt jus nenas
½ sdt gula pasir
½ sdt sos ikan
3 sdm
sos tomato
sedikit garam dan perasa.

Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga baunya harum.
2. Masukkan pula kicap, jus nenas dan sos ikan. Kacau hingga rata.
3. Masukkan sos tomato, gula, garam dan perasa.
4. Akhir sekali masukkan isi ayam dan buah nenas.

Resepi Ikan Kurau Masin Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan

500 g ikan kurau
15 batang cili padi merah & hijau (dikisar)
5 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang puti(dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
½ inci kunyit hidup (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 helai daun kunyit
1 biji
kelapa (diambil santannya)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara Cara


1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hinggga wangi
2. Masukkan santan, masak hingga mendidih dan kacau perlahan-lahan supaya jangan pecah santan.
3. Masukkan ikan kurau masin dan akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam.

Resepi Celok Ikan Tongkol

Bahan-Bahan

1 ekor Ikan Tongkol
3 keping Asam gelugur
2 batang Serai (dititik)
3 lembar Daun limau purut
2 sudu makan Belacan
2 biji Bawang besar (dikisar)
5 batang Lada hidup (dikisar)
2 biji Tomato (dibelah empat)
2 biji Lada hijau (dibelah empat)
2 biji Lada merah (dibelah empat)
1 sudu makan
Serbuk kunyit
Sedikit garam dan serbuk perasa


Cara Cara

1. Panaskan air dan masukkan bahan kisar, belacan, daun limau, serai, asam dan serbuk kunyit.
2. Bila mendidih, masukkan ikan, lada hijau dan lada merah
3. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
4. Biarkan mendidih selama 10 minit barulah diangkat

Resepi Resepi Beryani Ikan

Bahan-Bahan
1 kg Beras beryani
1 kg Ikan merah
½ kg Minyak sapi
2 biji Tomato
½ tin
Susu cair
Sedikit bawang goreng
Daun sop dan daun bawang
Garam secukupnya

REMPAHNYA:
10 batang Lada merah
1 sudu makan Ketumbah
1 st Lada putih
10 biji Bawang kecil
5 ulas Bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Sedikit Daun pudina
Sedikit daun ketumbar

Cara Cara

1. Ketumbar, lada putih, bawang kecil, lada merah, kunyit serta garam digiling sampai halus. (dibahagi dua)
2. Ikan dibersehkan dan gaul kan rempah tadi dan di goreng.
3. Tumis bawang hingga bahunya wangi kemudian masukkan rempah yang sebahagian tadi dan tumis hingga garing baru tuangkan air dan garam.
4. Bila mendidih masukkan susu pula lalu biarkan sampai mendidih. Dan bolehlah masukkan beras.
5. Bila masak masukkan ikan yang telah digoreng tadi berlapis lapis dengan nasi.
6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun pudina dan daun ketumbar. Tutup periok dan biarkan hingga nasi benar benar masak.

Resepi Semur Ikan Tongkol

Bahan-Bahan

3 sudu makan Ketumbar (disangar dan dikisar)
1 sudu makan Jintan manis (disangar dan dikisar)
1 sudu makan Jintan putih (disangar dan dikisar)
1 sudu makan Lada hitam (disangar dan dikisar)
3 batang Serai (dikisar)
2 inci Halia (dikisar)
2 inci Lengkuas (dikisar)
6 biji Bawang putih (dikisar)
10 biji Bawang merah (dikisar)
20 batang Cili kering (dikisar)
1 ekor Ikan tongkol (digoreng)
1 batang Kayu manis
6 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga lawang
6 sudu makan Kicap manis
6 biji Bunga cengkih
6 sudu makan Kicap manis
6 sudu makan Cuka
1 sudu makan Garam
4 sudu makan Gula
6 sudu makan Minyak
1 mangkuk Air
2 biji Bawang besar (dipotong bulat)
2 biji Tomato (dipotong bulat)


Cara Cara

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih, buah plaga dan bunga lawang hingga bahunya wangi, kemudian campurkan bahan bahan yang dikisar.
2. Selepas itu masukkan air, kicap manis, cuka, garam dan gula. Gaulkan hingga rata dan tunggu mendidih. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masukan bawang besar dan tomato yang telah dipotong bulat.

Resepi Kacang Phool

Bahan-Bahan

1 sdm minyak sapi
½ cawan minyak sayur
200 gm. daging kisar (sangai kering)
2 sdm rampah kari 1 tin kacang phool
1 tin kidney bean
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 sm halia (dikisar)


BAHAN TABUR:


1 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 biji telur mata lembu (untuk 6 orang)
10 batang lada hijau (dihiris) limau kasturi


Cara Cara

1. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah kari.
2. Setengah daripada kacang phool dan kidney bean dikisar halus dan setengah lagi dipecah-pecah saja.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air jika perlu.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan perasa.

Resepi Sapik Ikan Tongkol

Bahan-Bahan

4 sdm ketumbar (dikisar)
1 sdm jintan manis (dikisar)
1 sdm jintan putih (dikisar)
4 batang serai (dikisar)
2.5 sm halia (dikisar)
2.5 sm lengkuas (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
30 batang cili kering (dikisar)
2.5 sm kunyit hidup (dikisar)
10 helai daun limau (dikisar)
1 kotak santan
3 sdm kerisik, sedikit garam, sedikit gula
1 mangkuk air asam
1 mangkuk air
1 ekor ikan tongkol (digoreng atau dipanggang


Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan air asam, santan, air, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih.
3. Akhir sekali masukkan kerisik dan ikan.

Resepi Makaroni Beriani

Bahan-Bahan

500 g macaroni
300 g daging cincang
5 biji bawang merah (dihiris – separuh dibuat bawang goreng)
2 sdm rempah beriyani
1 sdm serbuk ketumbar
1 sdm rempah korma
2 sdm cili boh
½ sdt lada putih
3 sdm kicap manis
3 sdm sos cili
4 sdm sos tomato
3 biji tomato (dipotong)
2 batang lobak (dipotong)
2 sdm halia (kisar)
2 sdm bawang putih (kisar)
1 sdm jus limau
1 cube stok ayam
3 biji cili merah (potong bulat)
3 biji cili hijau (potong bulat)
1 cawan minyak sayur
daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.


Cara Cara


1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis.
2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau.
5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata.
6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.

Resepi Rendang Serani

4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 sm sedikit kunyit hidup
2 sm halia
3 batang cili merah/hijau
1 batang serai (dititik)
daun limau purut
air asam jawa
200 g sawi asin
1 ekor isi ikan bawal
minyak untuk menumis

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai. Masak hingga layu.
2. Masukkan cili hijau/merah dan daun limau.
3. Bila semuanya layu, masukkan asam jawa. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan ikan bawal, sayur asin dan akhir sekali garam.

Resepi Sambal Goreng Sri Impian

BAHAN A
200 g daging
150 g paru
150 g hati
1 sdt serbuk kunyit
1 mangkuk bawang goreng
15 tangkai lada kering
air asam secukupnya
garam dan gula merah

BAHAN B (dititik)

2 batang serai
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas

BAHAN C (dihiris)
4 batang lada merah
4 batang lada hijau
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih


Cara Cara

1. Daging dan paru direbus dan di potong dadu.
2. Hati dipotong dadu dan diketepikan.
3. Tumiskan bahan yang dihiris dan bahan yang dititik hingga layu dan wangi.
4. Masukkan lada kisar, serbuk kunyit dan tumis hingga garing. Masukkan garam, gula dan hati. Masak hingga hati empuk.
5. Tuangkan santan dan air asam. Gaul hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan daging dan paru. Gaul rata dan masak hingga mendidih.

Sambal Goreng Sri Impian

BAHAN A
200 g daging
150 g paru
150 g hati
1 sdt serbuk kunyit
1 mangkuk bawang goreng
15 tangkai lada kering
air asam secukupnya
garam dan gula merah

BAHAN B (dititik)

2 batang serai
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas

BAHAN C (dihiris)
4 batang lada merah
4 batang lada hijau
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih


Cara Cara

1. Daging dan paru direbus dan di potong dadu.
2. Hati dipotong dadu dan diketepikan.
3. Tumiskan bahan yang dihiris dan bahan yang dititik hingga layu dan wangi.
4. Masukkan lada kisar, serbuk kunyit dan tumis hingga garing. Masukkan garam, gula dan hati. Masak hingga hati empuk.
5. Tuangkan santan dan air asam. Gaul hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan daging dan paru. Gaul rata dan masak hingga mendidih.

Resepi Ayam Seri Menanti

BAHAN A
1 kg isi ayam
1 sdt serbuk kunyit
1sdt garam

BAHAN KISAR B
130 g lada merah
100 g bawang merah
20 g bawang putih
50 g rempah kari ayam
20 g halia
1 tin tomato paste

BAHAN C
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
2 sm kayu manis

BAHAGIAN D
200 g bawang goremg
170 g tairu
30 g daun pudina
30 g daun ketumbar
1 biji lemon
1 cawan minyak
air
garam dan gula merah


Cara Cara
1. Ayam diperap bersama bahan A kemudian goreng setengah masak.
2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukkan bahan C
3. Masukkan tomato, garam, gula dan air. Masak hingga mendidih
4. Masukkan ayam, tairu dan bawang goreng
5. Akhir sekali, masukkan daun pudina, daun ketumbar dan jus lemon. Masak hingga kuahnya pekat.

Resepi Beehoon Goreng Ketam

BAHAN KISAR

5 batang cili kering
4 ulas bawang putih
6 biji bawang kecil
1 sdt garam
2 sdt sos ikan

BAHAN-BAHAN LAIN

2 ekor ketam
200 g isi ketam
65 ml air asam jawa
& rebusan ketam
daun bawang
2 sdt gula merah Thai
500 g beehoon
daun bawang
300 g taugeh

Cara Cara


1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan ketam, gaul hingga sebati. Masak selama 5 minit.
3. Masukkan pula isi ketam, air asam/rebusan ketam, sedikit daun bawang , gula merah dan beehoon.
4. Akhir sekali masukkan lagi daun bawang, taugeh, garam dan gula.

Resepi Kerabu Ikan Kembung

Bahan-bahan :
6 ekor ikan kembung digoreng sampai garing
6 ulas Bawang merah dihiris nipis
2 biji cili merah dicincang halus
4 biji cili padi dihiris
1/2 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk
2 biji mangga muda (masam) dan dihiris nipis-nipis
Jus dari 2 -3 biji limau nipis
1 kuntum bunga kantan dihiris
Segenggam daun pudina di cincang halus
3 camca besar sos ikan
1 camca kecil gula
1 batang serai dihiris nipis

Cara-cara membuatnya :
1. Ikan diasingkan tulang dan di kopek-kopek isinya lalu digaulkan semua bahan-bahan di atas.

Sajikan segera.

Resepi KEK Lobak Merah Lembab - Moist Carrot Cake

Bahan-bahan :
1 cawan minyak kacang
1 cawan gula perang
3 biji telur
Satu setengah cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil tepung bikarbonate
2 sudu kecil serbuk bunga cengkih
garam
2 biji lobak merah (diparut)
3/4 cawan walnuts cincang

Bahan-bahan utk krim :
250 gm krim keju
2 cawan gula icing
2 suduteh jus lemon

Cara-cara membuat :
1. Panaskan oven sehingga 180°C
2. Pukul minyak, gula perang, telur hingga sebati
3. Masukkan tepung, soda bicarbonate, serbuk bunga cengkih & garam
4. Campurkan lobak & walnuts dan tuangkan kedalam loyang saiz 22cm
5. Masak selama 22 - 26 minit dan sejukkan sebelum dibubuh icing

Untuk Icing :
Pukul krim cheese sehingga kembang dan campurkan gula icing & jus lemon dan pukul lagi hingga sebati.

Resepi KEK Keju - Cheese Cake

1 cawan biskut lemak (biskut 4 segi)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar gula

Lenyek biskut ngan mentega & gula. Masuk dlm acuan kek.
Bakar 10 minit padakepanasan 350°C.

4 ketul cheese Philadelphia (small pack)
4 biji telur ayam
3 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu besar esen vanila
2 tin creame Nestle
1 biji lemon (di ambil perahan air limau)

1. Semua bahan tadi diblend kecuali 1 biji lemon, bila dah blend masukan perahan limau. Kacau sikit biar sebati ngan lemon. (kalau nak masam lagi taruk 10 biji cikgu tak marah).
2. Lepas tu tuangkan perlahan2 dlm acuan (acuan biskut yang dibakar tadi). Bakar kek dengan kepanasan sederhana 1 jam, atau 350 degree selama 30 minit atau sampai masak.

1 tin Blueberry Pie Filling

1. Bila masak kek tadi colour light yellow. Jangan panik bila kek dah nak sejuk selalunya terbelah sikit (crack). Paham-paham lah no, cheese kena bakar.
2. Bila dah sejuk, ambik blueberry pie filling tadi tuang atas kek perlahan-lahan biaq dia meleleh kat tepi-tepi kek tu, baru selera nengok. Kalau nak cantik lagi, cikgu suggest make-upkan kek nie, taruklah hirisan buah kiwi ka apricort ka, strawberry ka, whatever yang U suka.

P/s: CHEESE CAKE NIE TAHAN LEBIH SEMINGGU, COVER CAKE NGAN ALUMINUIM FOIL, SIMPAN DLM PETI SEJUK.

"SeLaMat MeNcUbA "

Resepi Kari Kambing Kashmir (Resepi Nehari)

Bahan-bahan :
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :


1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.

3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Resepi Ikan Terubuk Masak Asam Pedas

Bahan-bahannya :
Seekor ikan terubuk dibersihkan dan dipotong mengikut suka
Sebatang serai di titik
Asam keping
Garam, serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya

Bahan untuk dikisar :
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan

Cara menyediakannya :
1. Tumiskan bahan yang di kisar.
2. Masukkan serai yang dititik. Biarkan sebentar hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan ikan. Gaulkan perlahan-lahan
4. Masukkan air sedikit dahulu. Gaulkan & biarkan sebentar
5. Masukkan air selebihnya. Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa
6. Akhir sekali masukkan assam keping dan biarkan ia menggelegak.

Selamat mencuba.

Resepi Ikan Tenggiri Berlada

BAHAN :
2 keping ikan tenggiri (digoreng)
10 biji cili merah ]
5 ulas bawang merah ] dikisar
5 ulas bawang putih ]
5 kuntum bunga lawang
Sedikit halia, minyak untuk menumis dan sedikit
gula dan garam.

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan dikisar tadi. Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa. Masukkan ikan, bunga lawang, gula dan garam untuk menambah rasa.
2. Hias sebelum dihidangkan dengan nasi putih.

Resepi Ikan Masam Manis

BAHAN2

1 ekor ikan kerapu
100 gram batang seleri -dicincang
100 gram bawang besar - di cincang
100 gram tomato- dicincang
3 ulas bawang putih - di cincang
1 cm halia - dicincang
2 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 3 sudu besar air.
sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dibersihkan dan keringkan dengan tuala kertas.kemudian lumurkan ikan nie ngan garam dan tepung jagung dan goreng sampai kuning.

2. panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yg telah dicincang hingga naik bau nya.

3. masukkan sayur2an dan kacau selama 10 min.kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seterusnya masukkan semua sos dan masak lagik 5 min.

4. utk memekatkan kuahnya masukkan larutan tepung jagung, garam serta gula secukup rasa.
i
5. Bila hendak dihidangkan tuangkan kuah nie keatas ikan tadi.

Resepi Ikan Kukus Kasturi

Bahan-bahan :
1 ekor ikaan Siakap dikelar sedikit
6 ulas bawang putih di cincang halus
8 batang daun bawang dihiris nipis
10 biji cili padi
3 urat daun ketumbar
1/2 cawan ketumbar
3 batang serai dihiris nipis
2 helai daun limau purut
2 cm lengkuas di hiris
2 camca lengkuas di hiris
2 camca besar minyak sawit
Air perahan dari 8 biji limau kasturi
1 camca the gula
2 camca besar sos ikan
1/4 biji nenas didadu kasar
1 biji tomato didadu

Cara-cara membuatnya :
1. Letakkan ikan di dalam pinggan untuk mengukus dan letakkan semua bahan-bahan di atas dan seratakan.
2. Kukus selama 20 minit sampai ianya masak. Sajikan segera.

Resepi Ikan Kukus Asam Limau

BAHAN2

500 gram ikan kerapu atau siakap ataupun yg sewaktu ngan nya
10 gram cili api di cincang halus
50 gram bawang putih dicincang halus
1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus
½ cawan air limau nipis
¼ cawan kicap cair
gula dan garam secukup rasa

(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA

1. ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit
2. angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit
3. angkat dan hidangkan. Enak dimakan dengan nasi panas2.

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...

Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.

Resepi Ikan Keli Berlada

Bahan:
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
Minyak utk menggoreng
4 biji cili masak
(boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

Cara:
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.
3. Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.
4. Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya.
5. Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.
6. Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.
7. Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan. Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.

Resepi Ikan Jenahak Masak Lemak Jintan

Bahan :
600 gram ikan jenahak
5 keping asam gelugur
2 cawan santan kelapa
15 gram jintan manis
15 jintan putih
4 sudu makan biji sawi
5 biji kacang bendi
garam,gula & serbuk perasa secukup rasa

BAHAN GILING :
3 tangkai cili kering
10 gram halia
10 gram kunyit hidup
10 gram bawang putih
10 gram bawang merah

Cara membuatnya :
1. Ikan digoreng hingga masak tetapi tidak terlalu kering.
2. Tumiskan bahan giling bersama jintan manis, putih, biji sawi hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sedikit air asam gelugur, biar mendidih.
4. Masukkan santan, kacau hingga masak.
5. Bila mendidih, masukkan bendi diikuti dengan cili kering yang digoreng.
6. Kemudian masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
7. Bila dah masak, hidangkan dengan nasi putih

Resepi Sup Ikan Merah

BAHAN:
500 gram isi ikan merah
2 biji ubi kentang }dibelah
1 batang lobak merah } kecil-kecil
1 cawan macaroni
1 labu bawang besar }dikisar
1 inci halia }halus
2 ulas bawang putih }
1 sudu besar rempah sup
sedikit daun ketumbar, daun sadri dan bawang goreng.

Cara membuatnya
:
1. Tumis kesemua bawang dan rempah.
2. Masukkan kentang, lobak merah dan makaroni.
3. Apabila kesemuanya telah empuk, masukkan ikan.
4. Kacau rata, masukkan garam, Daun ketumbar, daun sadri dan bawang goreng.
5. Bila sudah masak hidangkan.

Resepi Pais Patin Sri Siber

Bahan :
1 ekor ikan patin - ambil isinya
6 biji cili padi
6 ulas bawang merah
1 biji telur
½ biji kelapa parut
2 batang serai
4 hiris halia
2 hiris cekur
4 sudu besar rempah kari
sedikit belacan
garam secukupnya
2 helai daun kunyit - hiris halus
hirisan cili merah
daun pisang untuk membungkus

Cara Membuatnya :

1. Tumbuk cili, bawang, serai, halia, cekur, belacan hingga halus.
2. Kemudian masukkan rempah kari, daun kunyit dan hirisan cili merah. Gaulkan semua bahan-bahan ini.
3. Telur dipukul hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
4. Tambah garam secukupnya. Letakkan isi ikan bersama rempah tadi dan bungkus dengan daun pisang. Kukus selama 20 minit.

Resepi Ikan Patin Belada

BAHAN:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering ]*
5 ulas bawang merah ]*
3 ulas bawang putih ]* Semua
½ inci halia ]* bahan ini
½ inci kunyit hidup ]* ditumbuk
1 sudu kecil kerisik ]*
½ inci belacan ]*
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
3 tangkai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing. Masukkan rempah kari dan kerisik.
2. Tumis lagi dan masukkan sedikit air. Masukkan pula perahan air asam jawa.
3. Kemudian masukkan ikan, belimbing buluh, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih dan ikan masak.
4. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.

Resepi Asam Rebus Ikan Tondan

BAHAN:
1 ekor ikan tondan/tenggiri pun boleh.
10 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } digiling
10 biji cili kering } halus
½ inci kunyit hidup }
1 inci belacan bakar
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan. Masukkan bahan-bahan yang digiling halus ke dalam periuk tanah (nak gunakan periuk biasa pun boleh).
2. Jerangkan di atas api yang perlahan hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tondan/tenggiri, garam dan gula. Setelah masak, bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Resepi Asam Pedas Sri Siber

BAHAN:
1 ekor ikan merah - potong kepingan 3cm
3 batang bunga kantan -hiris halus
20 ulas bawang merah ]*
10 biji cili merah ]*
5 labu bawang putih ]* Dikisar
3cm halia ]* halus
3cm belacan ]*
7 biji buah keras ]*
1 camca besar cawan air
4 camca besar minyak masak
garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dikisar sampai wangi dan kekuningan.
2. Masukkan bunga kantan, air asam jawa dan gula secukupnya.
3. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
4. Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak.
5. Kemudian hidangkan dengan nasi putih.

Resepi Daging Goreng Patayya

Bahan-bahan:
500gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
2. Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
3. Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar.
Sajikan segera.

Resepi Daging Goreng Betawi

Bahan-bahan :
Setengah kilo daging dipotong nipis
5 biji bawang merah dipotong nipis
6 ulas bawang putih dipotong nipis
2 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cili hijau dibelah dua
1 cawan santan pekat
1 camca lada hitam }
1 camca jintan manis } di mesin halus
1 camca jintan putih }
1 inci halia dipotong nipis
1 inci lengkuas dipotong nipis
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa dan serbuk perasa.

Cara-cara membuatnya :

1. Daging direbus dengan jintan yang dimesin tadi sampai lembut dan keringkan airnya.
2. Daging lembut tadi digaul dengan cili, halia, lengkuas, serai, bawang- bawang yang dipotong tadi.
3. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
4. Masukkan santan dan garam, kunyit, dan perasa keret dan lada hijau kemudian angkat
5. Hias dengan kentang goreng tadi.

Bubur Lambuk i

Bahannya (A):
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 1/2 sudu besar jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah (mesin semuanya)

100 gram udang kering - mesin
1/2 cawan kacang tanah - goreng & mesin halus
sedikit lada sulah - nak pedas boleh tambah
1/3 biji kelapa - buat kerisik

Bahan (B) :
2 cawan beras
1/4 kilo daging lembu (kalau suka boleh guna ayam)
1 cawan udang basah - jika suka
daun sup & daun bawang
bawang goreng
daun kucai - kalau suka
air rebusan daging
garam

Bahan penumis :
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

caranya :
1. Tumiskan bahan penumis hingga wangi, kemudian masukkan bhn A yg telah dimesin. Goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan kelapa goreng, udang kering, kacang tanah, daging & udang, kacau & biar sekejap.
3. Masukkan sedikit air rebusan daging & biar mendidih sekejap.
4. Campurkan garam, lada sulah, beras & air ikut sukatan beras utk buat bubur.
5. Masak hingga bubur kembang.
6. Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai & bawang goreng.

Selamat mencuba

Resepi Bubur Kemboja

Bahan - bahan :
Minyak untuk menggoreng
4 camca besar udang kering ( * )
1 biji bawang besar didadu ( * )
2 cm halia dihiris nipis ( * )
2 ulas bawang putih ( * )
1 batang serai ( * )
1 ekor ayam di belah dua ( * )
2 biji tomato ( * )
sedikit lada hitam ( * )
4 camca lobak asin
2 cawan beras siam dicuci dan ditoskan air secukupnya
2 camca tauchu di tumbuk
( * ) ---> Direbus sampai empuk ayamnya.

Bahan-bahan hiasan :
Bawang goreng
Limau nipis
Taugeh mentah
Daun bawang
Sambal cili limau

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan minyak lalu digoreng bawang besar, halia, bawang putih, dan serai sampai kuning bersama udang kering.

2. Masukkan ayam dan air mentah, tomato, lada hitam dan lobak asin dan dimasak sampai ayamnya empuk. Keluarkan ayam lalu dicarik-carikkan isinya.

3. Sementara itu masukkan beras siam, ke dalam stok ayam tadi, dan masaklah umpama menyediakan bubur. Tambahkan air dari semasa ke semasa sebelum dimasukkan taucu tadi.

4. Hidangkan bubur bersama bahan-bahan hiasan pelengkap tadi.

Resepi Biskut Mazola

600 gram kacang yang dimesin halus
600 gram tepung
1/2 kati gula yang dimesin halus
Minyak mazola /jagung
Telur kuning

Campurkan kacang, tepung dan gula. Masukkan minyak, agak-agak boleh sebati semua dan boleh dibentukkan (bulat atau leper). Lepas tu sapu kuning telur sikit kat atasnya or kalau suka bubuhla kacang sebijik atasnya.

cara lain :

1 cawan kacang dikisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak
4 cawan tepung
kuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)

1. Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati.
2. Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut.
3. Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.

Resepi Biskut Arab

1 tin minyak sapi (ikut sukalah nak tin besar manapun)
gula halus (mengikut sukatan tin minyak sapi)
tepung (ikut sampai boleh diuli - tak lekat kat
tangan)

campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian gentel ler bulat-bulat. pas tu taruk le buah ceri ker, kismis ker sebagai hiasan...

kuih ni bila dah masak mesti naik gebu cantik.
selamat mencuba !!!

Resepi Ayam Panggang Faizah (Chicken Roast)

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam (sederhana) yang tidak dipotong
5 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris dan dikisarkan
2 batang serai ) dalam blender
1/2 inci halia )
1/2 sudu kecil lada putih (pepper)
3-4 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar madu
1-2 sudu kicap (saperti kicap Kipas Udang ke)
1-2 sudu minyak bijan (optional) ada yg tidak suka baunya

Cara membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dengan limau untuk membuang rasa hanyirnya. Ayam dibelah dibahagian belakangnya dari lehernya hingga bawah (putus). Kepakkan ayam hingga ia boleh diletakkan flat saperti didalam pinggan/pembakar. Jikalau tak berkenan dengan ayam seekor yang bulat, boleh juga di potong-potong.

2. Bahan-bahan yang dikisarkan tadi digaul dengan lada putih, sos tiram, madu dan kicap.

3. Selepas itu, bahan-bahan ini digaulkan dengan ayam tadi. Marinade atau perapnya at least 30 minit. Kalau boleh diperapkan semalaman, lagi best.

4. Bakar ayam tadi diketuhar dengan 230 selama 30 minit. 15 minit pertama diterbalikkan ayam tadi supaya api membakar dengan rata.

5. Apabila sudah masak, akan terdapat dengan sendirinya sos/kuah dari extract ayam tadi.

Resepi Ayam Goreng Bersama Kacang (Frango Com Quiabo)

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 8 hingga 12 keping digoreng sampai garing
4 ulas bawang putih dicincang halus
Garam dan lada putih secukup rasa
4 camca besar minyak
3 biji bawang besar didadu
300gm kacang bendi didadu
2 cawan air rebusan tulang-tulang ayam
1 camca kecil Tobasco.

Cara membuat

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai kuning emas
2. Masukan kacang bendi, air rebusan dan dimasak sampai kuahnya pekat dan bendinya lembut
3. Gaulkan ayam goreng kedalam bendi. Masukan garam, tobasco dan lada putih. Masaklah sehingga kering sedikit.

Resepi AYAM CHETTINAD

Bahan-bahan
Kelapa parut setengah biji
1 camca kecil jintan kasar digoreng sebentar tanpa minyak
1 cm serbuk kulit kayu manis digoreng sebentar tanpa minyak
3 biji buah pelaga digoreng sebentar tanpa minyak
4 bunga cengkih digoreng sebentar tanpa minyak
3/4 camca kecil kunyit serbuk
3/4 camca kecil garam masala
2 biji bawang besar didadu
2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dicingcang halus
2 camca besar serbuk cili
3 biji buah tomato
4 tangkai daun kari
Juice dari sebiji limau nipis
Segengam daun ketumbar
Ayam 1 ekor dibelah 12 (digaul garam dan kunyit dan digorengkan)
Minyak untuk mengoreng

Cara - cara membuat ;
1. Giling atau mesen kelapa bersama-sama RempahRatu yang digoreng tadi sampai lumat.
2. Panaskan minyak lalu digoreng bawang besar, halia, putih sampai kuning. Masukan kelapa yang dimesin tadi, serbuk cili, garam masala, kunyit dan digorengkan.
3. Masukan buah tomato dan sedikit air masaklah sampai kuahnya pekat.
4. Masukan garam, air limau dan daun ketumbar.

Resepi PAPRIK AYAM

Bahan2nya

Ayam (agak2-tak perlu terlalu banyak- dipotong kecil dan dibersihkan)
2-3 biji Cili merah - ditumbuk lumat (kalau nak pedas tambahkan cili api)
3-4 ulas Bawang merah - ditumbuk lumat
2-3 ulas Bawang putih - ditumbuk lumat
Sehiris halia
Beberapa helai daun limau purut
Bunga kobis ] dipotong
Kacang panjang ] mengikut
Karot ] citarasa
Putik jagung ] masing2
Garam, aji, gula, secukup rasa.

Cara2nya

1. Ayam direbus bersama halia, sedikit garam dan aji (kalau suka). Air jangan terlalu banyak, rebus biar tinngal skit je air. Jangan masukkan banyak garam.

2. Ada yang suka goreng ayam tu, tapi saya suka rebus, sebab kita boleh guna air rebusan tu untuk menambahkan kesedapan paprik.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga masak dan nampak minyak dah naik, agak2 macam dah nak kering gitu

4. Then masukkan ayam bersama air rebusannya. Kalau nak berkuah leh masukkan air, tapi saya suka kering2. Cukup sekadar air ayam tu skit je.

5. Oleh kerana ayam dah direbus.kita tak perlu masak lame sangat, so... leh la carik-carikkan daun lemau purut dan masukkan bersama-sama sayur yang dah dipotong.

6. Agak sayur tak terlalu keras, dan dah bau daun limau purut, leh la angkat dan hidangkan.

7. Mudah dan sedap..

Resepi OPOR AYAM HIJAU

Bahan-bahan :
1 ekor ayam dipotong 12 keping
2 biji terung kecil dan digoreng
2 cawan santan pekat
1 cawan air garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk :
8 batang cili hijau
1 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ketul batang dan urat daun ketumbar
2cm halia
2 batang serai
2 helai daun limau purut
1cm belacan
2 camca besar ketumbar }
2 camca besar jintan kasar } digoreng sedikit
1 camca besar lada putih }
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah-rempah yang digiling tadi sampai wangi. Masukkan ayam dikacau dan kecutkan sebentar.
2. Masukkan santan beserta air dan didihkan perlahan-lahan sampai ayam empuk dan kuahnya pekat.
3. Masukkan terung, garam dan daun selasih.

Resepi EMPANADAS AYAM

BAHAN-BAHAN

Untuk tepungnya;
500 gram tepung gandum serbaguna *
150 gram keju berkrim (Cream Cheese) *
100 gram Cold Butter *
2 biji kuning telur *
1 1/2 camca kecil garam *
Air batu secukupnya *
1 biji telur (untuk di sapu )
* ---> digaul sebati dan dicanai

Intinya :
4 keping dada ayan didadu kecil
3 camca kecil sos tiram
2 biji ubi kentang didadu kecil
3 camca besar " Thai Chilli Paste "
2 camca besar udang kering ditumbuk
1 labu bawang besar didadu kecil
Segenggam daun ketumbar dicincang halus
Air secukupnya.

Cara-cara membuatnya :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan ayam serta udang kering. Masukkan "Thai Chilli Paste", sos tiram, ubi kentang dan air. Masaklah perlahan-lahan sampai ianya empuk dan pekat. Masukkan sos ikan dan daun ketumbar.
2. Canaikan adunan tepung menjadi nipis dipotong empat segi dan isikan intinya. Sapukan telur kelilingnya dan tutupkan rapat. Sapukan telur diserata atas Empanadas ini. Lalu dibakar pada suhu 180°C selama 25 - 30 minit.
Hidangkan panas.

Resepi COUSCOUS AYAM

Bahan-bahan :
2 cawan gandum couscous di cuci bersih dan direndam sedikit air selama 1/2 jam. Toskan air dan letakkan diatas alat penngukus.
1 ekor ayam di potong lapan
3 biji bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
100 gm mentega
2 camca besar paprika
2 camca kecil serbuk jintan manis
1 camca kecil serbuk kunyit
1 camca besar serbuk lada hitam
2 biji terung bulat dibelah empat
Lada capsicum merah dan hijau didadu lebar
Lobak 2 batang batang dipotong lebar-lebar
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji kentang dipotong lebar-lebar
1/2 cawang kacang kuda direbus terlebih dahulu
Segengem daum ketumbar dicincang kasar
2 biji buah tomato dipotong empat

Cara membuat :
1. Panaskan periuk dan tumiskan bawang-bawang bersama mentega
2. Masukan ayam paparika, jintan manis dan kunyit. Goreng sampai wangi
3. Masukan 2 cawan air serta semua bahan-bahan sayuran dan daun ketumbar
4. Tenggekan gandum coucous diatas periuk pengukus dan kukuslah bersama lauk-lauknya dibawah selama 1/2 jam.
5. Tambahkan garam. Sebelum disajikan gaulkan sedikt mentega bersama coucous tadi.

Resepi MEE REBUS JOHOR

Bahan ( A ) - untuk dikisar :
3 ulas bawang Besar
4 ulas bawang Putih
½ biji buah Keras
1 inci halia
¼ inci lengkuas
2 batang serai
15 gm udang kering
25 tangkai lada kering (Kalau tak tahan pedas kurangkan sedikit)

Bahan ( B ) - Direbus dan dikisar :
3 biji ubi keledek (Sederhana Besar)
200 gm daging atau tetel daging Lembu (Dikisar sederhana bersama air rebusan)
200 gm udang (Dikisar bersama air rebusan)
3 sudu besar rempah Kari Daging BABAS atau jenama lain
4 sudu besar asam jawa
Garam
Gula
Serbuk Perisa
Mee Kuning Direbus
Taugeh Di rebus

Untuk Penyedapya :
Daun Soup
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Lada Hijau Dihiris-hiris
Tauhu Goreng dipotong -potong kecil
Telur Rebus
Kicap untuk sesiapa yang suka....

Cara-cara membuatnya :
1. Tumiskan semua bahan -bahan (A) dan rempah kari.
2. Setelah bahan-bahan (A) sudah garing masukan pula bahan (B) yang dikisar.
3. Masukan air asam jawa , garam ,gula dan bahan perisa.

TIPS

1. Kalau kuah kurang pekat campurkan tepung gandum yang dibancuh dengan air sedikit dan dikisar supaya halus.
2. Kuah mee rebus sedap jika manis sedikit.
3. Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing ada suka pekat dan tidak pekat.....

Resepi Mee Rebus ii

Bahan2 Utk Kuah :

1 cawan cili kering yg telah dimesin - terpulang ikut kepedasan yg diingini
1 biji bawang besar ]
5 ulas bawang putih ] semua bahan
2 batang serai ] ini dimesin halus
1 inci kunyit hidup ]
2 inci lengkuas - ketuk
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar taucu - di mesin
daging cincang - terpulang byk mana (lebih kurang 200 g)
udang segar - di mesin halus (lebih kurang 200 g - terpulang byk mana lagi byk lagi sedap)
ubi keledek merah (kalau ada) - lebih kurang 250 g ( dikupas kulit, direbus dan dimesin halus. Air rebusannya jgn buang)
gula, garam dan Pak aji secukup rasa

Bahan2 utk Mi :


1 kilo mi kuning - dicelur
250 g tauge (dicelur)
3 biji telur (direbus dan di belah 2)
250 g udang (direbus)
Daun bawang dan daun sup
bawang goreng
limau kasturi (dibelah 2)
cili merah dan cili hijau - di mayang
tahu goreng- di hiris

Cara2nya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing. Masukkan cili kering, kunyit, serai tumis dan masukkan serbuk kari dan tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan daging cincang dan air bersama2 dgn air rebusan ubi tadi. Masakkan sampai daging empuk.
3. Kemudian masukkan pula udang dan taucu. Masak sampai ia menggelegak. Tambahkan gula, garam dan Pak Aji secukup rasa.
4. Akhirnya masukkan ubi yg dimesin tadi utk memekatkan kuah. Biarkan ia mendidih.
5. Hidangkan bersama mi dan ramuan2 lain sebagai hiasan.

Resepi Mee KARI SRI MENANTI

Bahan2nya
1 kg mi kuning
400 gram isi ayam
300 gm sawi
300 gm taugeh
150 gm kerang rebus
100 gm bawang goreng

Bahan2 Kuah

300 gm bawang merah dikisar
150 gm bawang putih dikisar
300 gm ikan bilis di kisar
150 gm serbuk kari ikan
3 biji kelapa diambil santan secukupnya
5 keping tauhu kering
15 helai daun kari
20 biji bebola ikan atau fishcake
4 batang serai
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Cara2 Membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga berbau wangi
2. Masukkan daun kari serbuk kari ikan serai dan masak hingga pecah minyak.
3. Tuangkan santan dan kacau selalu hingga mendidih
4. Masukkan tauhu kering, bebola ikan dan garam
5. Masak hingga kuah pekat
6. Ketika menghidang bubuh sawi, kerang rebus,telur, tauge, isi ayam, bawang goreng dan daun bawang.

Resepi MEE BANDUNG MUAR i

Bahannya :
1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2 kati sawi
1 kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1 cawan udang kering (mesin halus)
2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4 ulas bawang merah )mesin
2 ulas bawang putih )bersama
daun sup & daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bhn utk supnya :
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
1 sudu jintan manis }
1 1/2 sudu jintan putih }
4 ulas bawang merah }dimesin
1 ulas bawang putih }
1 inci halia }
daun sup & daun bawang
1 kuntum bunga lawang }
1 kuntum cengkih }
1 batang kulit kayu manis }penumis
1 biji buah pelaga }

cara buat sup tulang (A) :
1. Tumis bhn penumis hingga wangi kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
2. Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya. Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee (B) :
1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
3. Bubuhkan ½ cawan air rebusan daging. biar seketika, tambahkan garam & sedikit gula.
4. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging. Biar hingga masak. Ketepikan.

cara nak makan mee bandung ni (C) :
1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
2. Tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
3. Kemudian masukkan mee kuning, sawi, daun sup & daun bawang & pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
4. Bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.

Tips
Seeloknya bila nak makan baru kita buat step (C) ni sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.

Resepi KERAPU SWEET SOUR

Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)
¼ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
4 ulas bawang merah ditumbuk lumat
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
½ batang lobak merah dipotong kiub
½ batang timun dibuang biji & potong kiub
1 biji tomato dibuang biji & potong kiub
1 potong nenas dipotong kiub
½ cawan air

Cara:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit
Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.
Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.
Related Posts with Thumbnails