Jom Cantik!

Resepi Ayam percik 3

Bahan-bahan
  1. satu ekor ayam, dibelah 4.
  2. untuk perap - ditumbuk
  3. 2 @ 3 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. satu inci halia
  6. sedikit serbuk jintan manis
  7. sedikit serbuk jintan putih
  8. garam secukup rasa

bahan kuah (percik)

*sebiji bawang besar ( kulit kuning)
*4@5 biji bawang merah
*7-10 tangkai cili kering
*satu inci halia
*sedikit belacan
1 keping asam keping
4 -5 batang serai - diketuk
santan diambil dr setengah biji kelapa
1 sudu makan tepung beras
secubit serbuk perasa
sepotong gula melaka
garam, gula


Cara-cara

Ayam dibersihkan. dan dilumurkan dengan bahan perap. perap ayam sekurang-kurangnya utk setengah jam ( lg lama lagi baik)

Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda * .

Setelah itu, bahan kisar hendaklah di tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
Sesudah garing, blhlah di masukkan santan, ayam yg telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.

Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.

Sekatakan rasa masam, masin dan manis. kalau suka blhlah ditambahkan sedikit gula.
Masak hingga kuah pekat.

Bila dah siap, tutup api. asingkan ayam daripada kuah.

Bakar ayam untuk seketika. letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. boleh la di hidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails