Jom Cantik!

Resepi bebola daging asam manis

Bahan:

Bola Daging:
300 g daging lembu cincang tanpa lemak
10 g bawang besar, cincang halus
1 kuning telur ayam
1 sdm sos tiram
1/2 sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam

Sos:1 ulas bawang putih, parut
3 sdm sos tomat botolan
2 sdm sos cabai botolan
250 ml air1 sdt air limau nipis
1 sdt gula pasir
1 sdt garam
1 sdt tepung kanji, larutkan dengan sedikit air

Pelengkap:
200 g sawi (bokchoy), rebus, toskan

Cara membuat:
Bola Daging:
Kacau semua bahan menjadi satu. Bagi adunan menjadi 8 bahagian, bentuk masing-masing menjadi bebola agak pipih.Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng bebola daging hingga agak kering dan masak. Atau panggang bola daging hingga masak. Angkat.

Sos:
• Rebus semua bahan hingga pekat.
• Masukkan bola daging, masak hingga mendidih. Angkat.
• Taruh bokchoy di piring saji. Siram dengan Sos berikut boal dagingnya.
• Sajikan panas.

Untuk 4 orang

No comments:

Related Posts with Thumbnails