Jubah Baru

Resepi Bistik Daging Cincang

Bahan-bahan:

250 gr daging cincang
2 keping biskut marrie
1 biji bawang besar, cincang halus
2 biji telur ayam
50 gram marjerin
1/2 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada
1/4 sdt serbuk buah pala
100 gram marjerin untuk menumis daging
100 ml air

Cara membuat:
1. Satukan daging cincang dengan biskut marrie, ramas-ramas sehingga biskut hancur dan tercampur rata.
2. Masukkan bawang besar, telur, marjerin, garam,serbuk lada, dan serbuk pala. Gaul hingga mesra. Bahagikan adunan menjadi 8 bahagian, bentuk-bentukkan bulat pipih.
3. Panaskan marjerin, masukkan daging yang telah dibentuk satu per satu. Balik-balikkan sehingga berwarna kecoklatan. Masukkan air, kecilkan api, masak sehingga mendidih dan daging masak.

Untuk 4 orang

No comments:

Related Posts with Thumbnails