Jubah Baru

Resepi Kek Black Forest

BAHAN :
8 - kuning telur
6 - putih telur
175 gram gula pasir
100 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
30 gram serbuk coklat
15 gram susu tepung
100 gram mentega, dicairkan

BAHAN SIRAP:
100 gram gula pasir
100 ml air
50 ml kirch (minuman ceri)

HIASAN:
1 tin dark cerry, ditoskan
500 ml krim pekat, pukul kembang
8 buah ceri merah bertangkai
200 gram dark chocolate, diparut kasar

CARA MEMBUAT:
1. Buat kek, pukul telur dan gula pasir sehingga kaku. Ayak tepung gandum, jagung, serbuk coklat, susu tepung ke atas adunan sambil dikacau rata.
2. Tuangkan mentega cair. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang bulat 22 cm yang telah dioles marjerin dan dialasi kertas.
3. Masak adunan dengan suhu 160 ° c selama 45 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu buat sirap, rebus air dan gula sehingga mendidih, sejukkan lalu campur dengan kirch.
5. Belah kek menjadi 2 tumpuk. Percikkan tiap permukaan kek dengan sirap. Olesi krim pekat. Susun dark cerry kemudian tutup dengan potongan kek lainnya.
6. Tutup semua permukaan kek dengan krim pekat, taburkan coklat parut. Sempritkan bentuk bunga dari krim pekat, letakkan ceri tangkai. Sajikan sejuk.

No comments:

Related Posts with Thumbnails