Kek Lapis Hari Raya 2014

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka terpendam di dalam kitab-kitab
tradisional dalam bahasa Arab.

Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun
akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengenengahkan kembali kepada
umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan
bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.



Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah
formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya
meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:



1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan
madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,
fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum,
silica, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.



CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya!



2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke
otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk,
pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



CARA MAKAN:

i) Menghadap kiblat.

ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)

iii) Baca doa penerang hati

iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula.
Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.

v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.



3) SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsure
semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap
dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat
diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis
vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum
dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w.
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.



CARA MINUM:

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasulullah s.a.w.



4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan
makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda
Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s. mengadu kepada Allah
(kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t. memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampong dan yang masih baru.



5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.



CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.



6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain
juga elok untuk dimakan.



7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan
hatinya selama 40 hari."



8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan
kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama
kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak
yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal
dari kebiasaannya.



9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu
diamalkan memakannya.



10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
Abu Musa r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. memakan daging ayam
betina.



11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.



12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.



13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang
mengandungi nilai protein yang tinggi.





14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.



15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.



16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.



17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.



18) BUNGA CENGKIH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.



19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
bersabda, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal".



20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.



21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.



22) SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

No comments:

Related Posts with Thumbnails