Resepi Pulut Kuning


Bahan-bahan:

500 gram beras pulut – dibersih dan ditoskan
200 ml santan pekat
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Air secukupnya
Sehelai daun pandan (jika suka bau wangi)

Cara Penyediaan:

Rendam pulut dengan asam keping, air dan serbuk kunyit semalaman.
Toskan pulut yang telah direndam. Gaul rata supaya warna cantik sekata.
Masukkan ke dalam loyang, letakkan simpulan daun pandan (jika suka) dan masukkan ke dalam pengukus.
Kukus selama 15 minit atau hingga tiga suku masak.
Keluarkan loyang daripada pengukus, tuangkan santan yang telah dibancuh dengan garam.
Gaul sehingga santan sekata.
Kemudian masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15-20 minit.
Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Related Posts with Thumbnails