Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Kastard Koktail Berkrim


Bahan-bahan:

4 sudu besar tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran
125 ml susu cair
2 sudu besar kismis hitam
4 cawan air
Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Campurkan 4 cawan air dengan tepung kastard. Kacau sebati dan tuangkan pula air buah-buahan. Kacau atas api kecil hingga masak. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau sehingga rata. Tuangkan ke dalam mangkuk dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Untuk membuat kuah, campurkan 2 sudu besar kastard dengan 1 cawan air. Kacau hingga larut. Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga pekat. Masukkan kismis hitam dan sejukkan ke dalam peti sejuk.

Hidangkan puding bersama kuah dan hiasi dengan buah ceri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails