Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Puding Laici


Bahan-bahan:

30 gram agar-agar
250 gram gula
3 sudu besar tepung kastard
6 cawan air
2 cawan air laici
1 butir telur
1 sudu marjerin
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 tin susu cair
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna coklat

Cara penyediaan:

Masak agar-agar bersama air dan daun pandan. Bila mendidih, masukkan tepung kastard yang dicampurkan dengan susu, telur marjerin, air laici dan gula.
Bila sudah masak, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampurkan dengan warna kuning dan 1 bahagian lagi dicampurkan dengan warna coklat.
Kemudian tuangkan ke dalam acuan bermula dengan warna coklat diikuti dengan warna kuning. Sejukkan.
Setelah memejal, keluarkan dari acuan, hiaskan dengan potongan buah laici dan ceri di atasnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails