Jom Cantik!

Resepi Sandwich Tuna


Bahan-bahan:

5 keping roti
1 tin tuna
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 tangkai cili merah dihiris
3 biji limau kasturi
1 batang timun, dihiris
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun saderi
Sedikit serbuk lada sulah

Cara penyediaan:

Masak tuna seketika di dalam kuali.
Masukkan bawang besar, cili, daun sup, daun saderi, perahan limau kasturi dan lada sulah. Gaul rata.
Potong roti mengikut saiz yang disukai. Kemudian letakkan hirisan timun di atasnya.
Letakkan tuna di atas hirisan timun tadi dan hiaskan dengan hirisan cili merah.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails