Jubah Baru

Resepi Sup Tauhu Jepun


Bahan-bahan:

250 gram daging (hiris nipis)
50 gram cendawan hitam
1 batang lobak merah (sagat)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu besar tepung jagung
125 ml air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bawang goreng dan daun sup hiris untuk tabur

Bahan untuk ditumbuk:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara penyediaan:

Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan daging, biarkan hingga daging mengecut.
Masukkan sos tiram dan air. Rebus sehingga daging empuk.
Masukkan cendawan, lobak merah, serbuk pati ayam, lada sulah dan garam.
Setelah mendidih, masukkan tepung jagung.
Akhir sekali masukkan telur dan gaul rata.
Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails