Jom Cantik!

Resepi Bahulu Gulung


Bahan-bahan:

500 gram telur
500 gram gula halus
200 gram minyak masak
1 kg tepung gandum
Jem (perisa terpulang kepada individu)

Cara penyediaan:

Pukul gula bersama telur hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
Sapu acuan bahulu gulung (acuan yang besar dan lebar) dengan minyak dengan menggunakan daun pandan.
Tuang sedikit adunan di dalam acuan. Ratakan sehingga tebalnya 1.5 cm tinggi.
Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah. Setelah kekuningan, angkat.
Kemudian sapukan jem di atasnya dan gulung.
Balut bahulu gulung dengan kertas surih/kertas minyak dan simpan.

1 comment:

jeay said...

berapa lama nak bakar, suhu berapa?

Related Posts with Thumbnails