Jubah Baru

Resepi Kuih Cakoi


Bahan-bahan:

400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin, cairkan
1 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 sudu teh yis kering
½ sudu teh baking soda
1 sudu makan susu pekat manis
1 biji kuning telur

Minyak untuk menggoreng


Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.
3.Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.
4.Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.
5.Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
6.Setelah masak, bolehlah dihidang dengan kuah sambal atau kaya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails