Jubah Baru

Resepi Nasi Goreng USA

Bahan Nasi Goreng

2-3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu cili boh/ giling
3 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
1 sudu stok pekat ayam/kiub
1 biji cili Benggala hijau (kecil), potong kiub
80 g sayuran campur
4-5 sudu besar air (utk merenjis)
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 sudu serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Bahan Hiasan

minyak utk menggoreng
3 biji telur
daun parsli/daun sup/daun bawang

Bahan Lauk

300 g daging batang pinang/sirloin steak
1 sudu kecil serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
2 sudu sos barbeku
2 sudu mentega
2 sudu minyak

Bahan Sos
(atau gunakan 'Black Pepper Sauce' di dalam botol)

3 sudu mentega
3 sudu tepung gandum
200 ml air panas
300 ml susu segar/UHT
1 kiub stok daging
1/2 -1 sudu kicap hitam
2 sudu tomato puri
1 sudu serbuk (kasar) lada hitam
sedikit garam

Untuk lauk:

Perap daging dengan sos barbeku selama 4 jam.
Panaskan mentega dan minyak di dalam, masukkan seluruh daging di atas api sederhana.
Tutup api dan ubah ke dalam ketuhar pada suhu 200 C dan bakar selama 15-20 min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dihiris nipis.

Untuk sos:

Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau 2 min.
Masukkan semua bahan lain dan kacau tanpa henti hingga pekat.

Untuk nasi goreng:

Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min.
Masukkan sos cili, sos tomato, stok ayam, cili Benggala dan sayuran campur.
Renjiskan sedikit air supaya ia tidak terlalu kering. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.
Letak hirisan stik di sebelah, curahkan sedikit sos.

Bahan Hiasan:

Panaskan sedikit minyak, goreng telur "mata kerbau" dan letak di atas nasi goreng.
Hias dengan hirisan daun (pilihan ikut suka).

No comments:

Related Posts with Thumbnails