Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Tart Nenas Gulung


Bahan-bahan:

Doh tart:

2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula


Jem nenas:

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Hiasan:
Kuning telur


Cara membuat:

Doh;
Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.


Jem Nenas;
Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Oles kuning telur pada bahagian atas tart.

Bakar selama 15 minit / sehingga masak.

3 comments:

suhaila-hisham said...

Sedap giler resepi tart u ni dah try dah.... Tapi saya buat adjustment skit... Thanks!

www.suhaila-artwork.blogspot.com

iffah said...

emm,nak tanya la..sy tak pandai nak buat jem nya..bole ke kalau guna jem yg dijual kat kedai tu,jem yang untk sapu kat roti tu..bole guna ka untk buat tart nenas ni?

Wan said...

Jem biasa kurang sesuai sbb cair. gantikan jem nenas dgn buah prune (buang biji) pon boleh juga... tapi jadi tart gulung prune... :-)

Related Posts with Thumbnails