Tawaran Menarik!

Resepi Rendang Mamak


Bahan-bahan:

600 gram daging lembu tanpa lemak - potong petak-petak nipis
200 gram bawang merah - hiris nipis
70 gram sos tomat0
25 gram minyak sayuran
20 gram serbuk kari daging
5 gram buah pelaga
5 gram bunga cengkih
5 gram bunga lawang
5 gram kulit kayu manis
15 tangkai cili kering - rendamdan kisar halus
2 tangkai daun kari
2 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara penyediaan:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari, cili kisar dan tomato sos. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan daging bersama air. Kacau sekali sekala hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Masukkan kicap dan garam Gaul mesra dan masak hingga hampir kering.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails