Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Roti Telur


Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
350 ml air
150 gram marjerin
100 gram minyak masak
2 biji telur ayam
½ sudu kecil garam

Bahan inti:

1 biji telur
50 gram bawang besar – dihiris
10 gram cili merah – dihiris


Cara penyediaan:

Bancuh telur garam dan air. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga sebati. Tutup adunan dengan kain bersih. Perap selama 10 minit supaya tepung naik.

Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Sapukan marjerin. Perap lagi selama 3 jam.

Pukul telur dan masukkan bawang besar dan cili.

Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Tuangkan bancuhan telur di tengah dan lipat bentuk empat segi.

Panaskan kuali nipis dan sapukan minyak masak. Goreng roti telur sebahagian demi sebahagian sehingga masak.

Enak disajikan bersama kuah kari atau kuah dal bersama sambal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails