Resepi Tart Telur


Bahan-bahan:
50 gram daging kisar
30 gram bayam
5 biji kulit tart
Sedikit sos keju
Untuk kulit tart:
100 gram tepung gandum
50 gram mentega
1 biji telur ayam
Untuk inti:
100 gram daging kisar
20 gram bawang besar – dicincang
10 gram lobak merah – dicincang
30 gram sos perang
Sedikit air
Untuk sos keju:
120 gram menteg cair
3 biji kuning telur
1 sudu makan keju parmesan parut
½ sudu the jus lemon
Cara penyediaan:
Untuk kulit tart: campur semua bahan dalam mangkuk. Adun hingga sebati. Terap dan masukkan ke dalam acuan.
Untuk inti: Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan lobak merah. Tumis hingga lembut. Masukkan daging kisar, sos perang dan sedikit air. Masak hingga pekat.
Untuk sos keju: pukul kuning telur hingga kemban. Masak secara double boiler. Masukkan mentega cair ke dalam telur secara perlahan-perlahan sambil dikacau. Bila sudah pekat, masukkan jus lemon dan keju. Kacau rata.
Masukkan bayam dan daging kisar dalam kulit tart diikuti intinya. Sudukan sos keju ke atas kulit tart. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 °C selama 12 minit atau sehingga sos keju di atasnya berwarna perang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails