Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Bihun Soto / Mihun Soto


For English, Click here.

Hidangan untuk 4-6 orang

Bahan-bahan:

Untuk Soto (sup):

1 ekor ayam
12 biji telur puyuh – rebus
2 batang serai
1 cawan santan pekat
6 ulas bawang putih dan bawang merah – tumbuk bersama
1 sudu teh jintan manis, 1 sudu teh ketumbar , and 1 sudu teh jintan putih – tumbuk bersama
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa

Untuk Pelengkap:

1 paket Bihun – celur hingga lembut dan tos
500 gram taugeh – celur
2 sudu makan cili padi- ditumbuk
4 sudu makan kicap pekat
10 bawang merah – hiris dan goreng
1 bawang besar - dihiris

Arahan:

Rebus ayam dengan 5 mangkuk air bersama rempah-rempah yang telah ditumbuk, kayu manis, bawang dan serai. Masukkan garam secukup rasa.
Setelah ayam masak dan lembut, keluarkan ayam dan tos. Carik-carik isi ayam.
Untuk sos, campurkan cili padi tumbuk dengan kicap pekat. Tambah lagi kicap jika perlu.

Cara hidangan: Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan taugeh, carikan ayam, telur puyuh dan tuangkan sup soto ke atasnya. Hiaskan dengan hirisan bawang besar dan bawang goreng. Makan bersama kicap cili.

3 comments:

Mamanz... said...

Artikel ini telah di link ke dalam blog saya secara singkat sesuai dengan tarikh posting ini.

Blog saya adalah: http://kilasblogs.blogspot.com

Terima Kasih...

WanNo said...

terimakasih Mamanz... :-)

SmartMove said...

wah nampak menyelerakan.. harap nak cuba juga nanti.. kalau sudi jenguklah laman saya juga ye
http://www.resepi-lelaki.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails