Jom Cantik!

Resepi Botok Cendawan Butang

Bahan:
100 gr cendawan butang, hiris nipis
250 gr tahu, hiris nipis
1 btr telur, pukul lepas
daun pisang

Iris:
1 bh cili merah, buang bijinya
1 bh cili hijau, buang bijinya
3 bh bawang merah
2 bh belimbing sayur
1 btg daun bawang
1 lbr daun limau
1 lbr daun salam
1 cm halia

Haluskan:
3 btr buah keras bakar
2 ulas bawang putih
1 cm kencur
1/2 sdt ketumbar
1/2 sdt garam

Cara Membuat:
1. Campur bumbu iris dengan tahu, jamur, telur dan bumbu halus. Kacau rata.
2. Bagi adunan menjadi 6 bahagian. Bungkus masing-masing bahagian dengan daun pisang. Semat dengan lidi.
3. Panaskan kukusan, masukan bungkusan, masak hingga masak selama 20 minit. Angkat, sajikan.

Untuk 6 bungkus

Resepi Ikan Bawal Pedas

Bahan:
500 gr bawal, bersihkan, kerat ekornya
1 sdm jus limau nipis
1 sdt garam
200 ml air
- - minyak goreng

Paste:
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api merah
5 bh bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sdt garam

Cara Membuat:
1. Lumuri ikan dengan garam dan jus limau nipis, diamkan sebentar. Panaskan minyak, goreng bawal hingga kering dan masak, angkat, toskan.
2. Panaskan minyak goreng, tumis paste hingga harum. Masukkan air, masak hingga mendidih, masukkan ikan bawal, masak hingga masak dan bumbu meresap. Angkat dan sajikan.

Untuk 4 orang

Resepi Bawal Bakar Bijan

Bahan:
2 ekor ikan bawal hitam
1 buah limau nipis, ambil jusnya

Bahan perap:
2 ulas bawang putih, parut
½ cm halia, parut
1 sdm minyak sayur
½ sdt minyak bijan
1 sdm kicap manis
1 sdt biji bijan
1 sdt garam

Cara membuat:
1. Siangi ikan bawal, potong masing-masing menjadi 2 bahagian. Kerat-kerat kedua sisi badannya.
2. Perciki ikan dengan jus limau hingga rata.
3. Toskan ikan, lumuri dengan bahan perap kedua sisinya.
4. Perapkan selama 30 minit agar bahan perap meresap.
5. Bakar atau panggang ikan hingga kedua sisinya kering dan masak.
6. Angkat dan sajikan panas.

Untuk 4 orang

Resepi Bawal Bakar Tabur Bijan

Bahan :
1 ekor ikan bawal ukuran 500 gr
1 sdm jus limau nipis
1 sdt garam
2 sdm bijan bakar untuk taburan

Penumis :
2 ulas bawang putih
1 buah bawang merah
1/2 sdt lada
2 sdm kicap manis
1 sdm marjerin untuk menumis

Sos kicap :
3 sdm kicap manis
3 buah bawang merah, potong dadu
3 ulas bawang putih, potong dadu
5 buah cili api merah, dihiris nipis
1/2 sdt bijan bakar

Cara membuat :
1. Bersihkan ikan, buang insang dan isi perutnya, rendam dalam jus limau nipis dan garam selama 10 minit, angkat, toskan.
2. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan lada. Tumis bahan penumis dengan marjerin hingga harum.
3. Campur tumisan dengan 2 sdm kicap manis, kacau rata. Oles ikan dengan bahan yang telah ditumis.
4. Bakar ikan hingga masak sambil terus disapu dengan bahan yang telah ditumis. Setelah masak, taburi dengan bijan bakar.
5. Sos : campur semua bahan, kacau hingga rata.
6. Hidangkan bawal bakar dengan sos kicap.

Untuk 2-3 orang

Resepi Itik Panggang

BAHAN:
1 ekor itik peking, dibersihkan
2 sdm jus lemon
1 cm halia, dilumatkan
1 buah bawang besar, cincang halus

Bahan rendam:
3 sdt serbuk paprika
2 sdt serbuk rosemari
3 sdt garam
3 sdm kicap Inggeris
1 sdm kicap
2 sdm madu
4 sdm marjerin, dicairkan

PELENGKAP:
300 gram kentang bulat, kupas
100 gram lobak merah, dipotong bulat
100 gram asparagus, rebus
100 gram brussel, rebus

SOS:
1/2 buah bawang besar, cincang halus
3 sdm mentega
2 sdm tepung gandum
300 ml stock ayam
1 helai bayleaf
1 sdm kicap
2 sdm sos tomato
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah

CARA MEMBUAT :
1. Lumuri itik dengan campuran jus lemon, bawang, dan halia. Biarkan selama 30 minit. 2. Gaul rata bahan rendam dan masukkan itik. Perap semalam.
3. Bakar itik di dalam oven sehingga masak sambil sesekali disapu bahan perapan.
4. 45 minit sebelum diangkat, masukkan kentang dan lobak merah. Sementara itu tumis bawang besar sehingga harum. Masukkan gandum. Kacau sehingga gandum sehingga kecoklatan.
5. Setelah pekat, tuangkan stock ayam, bayleaf, kicap, sos tomato, garam, dan lada hitam. Kacau-kacau sebentar lalu angkat.
6. Sajikan itik dengan sos, kentang, lobak merah, dan rebusan asparagus serta brussel.

Untuk 12 orang

Resepi Itik Goreng Mentega

Bahan:
1/2 ekor itik, potong jadi lima
1/2 sdm halia segar, parut
1½ sdt minyak bijan
1 sdt garam
- - minyak untuk menggoreng
3 sdm mentega
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 buah bawang besar, hiris melintang nipis
1/2 sdt garam
1 sdt serbuk lada sulah
1 sdm kicap manis
1 sdm kicap Inggeris
2 sdm jus limau nipis
100 ml air

Cara membuat:
1. Lumuri itik dengan halia parut, minyak bijan, dan garam hingga rata. Perapkan selama 30 minit, asingkan.
2. Panaskan minyak secukupnya di atas api sederhana, goreng itik hingga kering dan berwarna kuning kecoklatan. Angkat, toskan.
3. Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu. Masukkan itik goreng, kacau rata.
4. Tuangkan kicap manis, lada hitam dan kicap Inggeris. Tambahkan air, kacau dan masak hingga masak dan air menjadi pekat. Matikan api, tambahkan jus limau nipis, kacau rata.
5. Sajikan segera.

Resepi Kek Puding Black Sweet

BAHAN KEK :
3 butir telur
75 gram gula pasir
50 gram tepung gandum
15 gram serbuk coklat
1/4 sdt baking powder
65 gram marjerin, dicairkan

LAPISAN COKLAT SUSU :
500 ml susu cair
1 bungkus serbuk agar-agar
30 gram serbuk coklat
150 gram gula pasir
3 - kuning telur

LAPISAN COKLAT :
400 ml susu cair
1 bungkus agar-serbuk agar-agar
30 gram serbuk coklat
100 gram gula pasir
3 - putih telur
1 tin dark cherry, ditoskan

BAHAN HIASAN :
250 ml whipped cream, dipukul kembang
- - dark cooking chocolate, diparut
- - ceri tangkai

CARA MEMBUAT :
1. Buat kek, pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum, serbuk coklat, dan baking powder sambil diayak. Kacau perlahan.
2. Tuang marjerin cair, kacau rata lalu tuang ke loyang bulat diameter 20 cm, tinggi 3 cm yang dioles marjerin dan dialas kertas roti. Bakar di dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160 ° Celsius.
3. Buat puding, didihkan susu, serbuk agar-agar, serbuk coklat, dan gula pasir. Ambil dua sendok adunan agar-agar lalu tuang ke kuning telur, kacau rata. Tuang ke dalam rebusan agar lalu rebus lagi sambil dikacau hingga mendidih.
4. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang 20 cm, setelah agak beku, letakkan kek di atasnya, sejukkan.
5. Buat puding, didihkan susu, agar-agar, serbuk coklat, dan gula pasir sambil dikacau hingga mendidih. Pukul putih telur sehingga kembang, tuang adunan puding yang panas sambil dipukul hingga rata. Masukkan dark cherry, kacau rata lalu tuang ke atas kek, sejukkan sehingga beku.
6. Oles permukaan puding dengan cream, hias dengan coklat parut. Hiaskan dengan ceri tangkai.

Resepi Kek Black Forest

BAHAN :
8 - kuning telur
6 - putih telur
175 gram gula pasir
100 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
30 gram serbuk coklat
15 gram susu tepung
100 gram mentega, dicairkan

BAHAN SIRAP:
100 gram gula pasir
100 ml air
50 ml kirch (minuman ceri)

HIASAN:
1 tin dark cerry, ditoskan
500 ml krim pekat, pukul kembang
8 buah ceri merah bertangkai
200 gram dark chocolate, diparut kasar

CARA MEMBUAT:
1. Buat kek, pukul telur dan gula pasir sehingga kaku. Ayak tepung gandum, jagung, serbuk coklat, susu tepung ke atas adunan sambil dikacau rata.
2. Tuangkan mentega cair. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang bulat 22 cm yang telah dioles marjerin dan dialasi kertas.
3. Masak adunan dengan suhu 160 ° c selama 45 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu buat sirap, rebus air dan gula sehingga mendidih, sejukkan lalu campur dengan kirch.
5. Belah kek menjadi 2 tumpuk. Percikkan tiap permukaan kek dengan sirap. Olesi krim pekat. Susun dark cerry kemudian tutup dengan potongan kek lainnya.
6. Tutup semua permukaan kek dengan krim pekat, taburkan coklat parut. Sempritkan bentuk bunga dari krim pekat, letakkan ceri tangkai. Sajikan sejuk.

Resepi Bistik Daging Cincang

Bahan-bahan:

250 gr daging cincang
2 keping biskut marrie
1 biji bawang besar, cincang halus
2 biji telur ayam
50 gram marjerin
1/2 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada
1/4 sdt serbuk buah pala
100 gram marjerin untuk menumis daging
100 ml air

Cara membuat:
1. Satukan daging cincang dengan biskut marrie, ramas-ramas sehingga biskut hancur dan tercampur rata.
2. Masukkan bawang besar, telur, marjerin, garam,serbuk lada, dan serbuk pala. Gaul hingga mesra. Bahagikan adunan menjadi 8 bahagian, bentuk-bentukkan bulat pipih.
3. Panaskan marjerin, masukkan daging yang telah dibentuk satu per satu. Balik-balikkan sehingga berwarna kecoklatan. Masukkan air, kecilkan api, masak sehingga mendidih dan daging masak.

Untuk 4 orang

Resepi bebola daging tumis paprika

Bahan:
2 sdm minyak sayur
2 ulas bawang putih, cincang halus
50 g bawang besar, potong kasar
200 g lobak merah, kupas, potong kasar
75 g paprika merah, potong kasar
75 g paprika hijau, potong kasar
75 g jagung muda, potong dua
2 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
1 sdm sos Inggeris
½ sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam
100 ml air

Bola Daging, kacau rata:
200 g daging lembu cincang
1 sdm tepung gandum
1 - kuning telur ayam
1 sdm bawang goreng,

½ sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam

Cara membuat:
1. Bola Daging: Bentuk adunan menjadi bebola sebesar bakso. Goreng atau kukus hingga masak. Asingkan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan lobak merah, paprika, dan jagung muda. Kacau hingga layu.
3. Masukkan bola daging dan bahan perasa. Masak hingga sayuran layu dan kuah pekat. Angkat.
4. Sajikan panas.

Untuk 4 orang

Resepi Bebola Daging Sos Paprika

Bahan Bola Daging:
250 gr daging cincang
50 gr tepung roti
1 putih telur
1/2 sdt garam

BAHAN SOS:
3 sdm minyak goreng
1 bh bawang besar, potong-potong
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 sdm sos tiram
1 sdm kicap manis
1/4 sdt serbuk lada sulah
200 ml stock ayam
1 bh paprika hijau, potong-potong

CARA MEMBUAT:
1. Kacau rata bahan bola daging, bulatkan hingga adunan habis.
2. Panaskan minyak goreng, goreng bola daging hingga masak, asingkan.
3. Buat sos: tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. masukkan bola daging, sos tiram, kicap manis, garam dan lada hitam.
4. Tambahkan paprika, kacau hingga layu, tuang stock ayam, masak hingga semua bahan meresap.

Untuk 4 orang.

Resepi sawi (bokcoy) kuah pedas

Bahan:
200 gr sawi kecil (bokcoy mini), bersihkan
2 sdm minyak sayur
½ bh bawang besar, hiris panjang
150 gr daging lembu, hiris nipis
2 sdt cili giling
600 ml air
1 sdt lada
1 sdm kicap masin
1/4 sdt gula pasir

Cara membuat:
Panaskan minyak sayur, tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan daging hiris, masak hingga berubah warna, tambahkan cili giling, kacau hingga layu.
Tuang air, tambahkan lada, kicap masin dan gula pasir, masak hingga mendidih.
Masukkan bokcoy , rebus hingga mendidih dan lunak, angkat, sajikan.

Untuk 4 orang

Resepi bebola daging asam manis

Bahan:

Bola Daging:
300 g daging lembu cincang tanpa lemak
10 g bawang besar, cincang halus
1 kuning telur ayam
1 sdm sos tiram
1/2 sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam

Sos:1 ulas bawang putih, parut
3 sdm sos tomat botolan
2 sdm sos cabai botolan
250 ml air1 sdt air limau nipis
1 sdt gula pasir
1 sdt garam
1 sdt tepung kanji, larutkan dengan sedikit air

Pelengkap:
200 g sawi (bokchoy), rebus, toskan

Cara membuat:
Bola Daging:
Kacau semua bahan menjadi satu. Bagi adunan menjadi 8 bahagian, bentuk masing-masing menjadi bebola agak pipih.Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng bebola daging hingga agak kering dan masak. Atau panggang bola daging hingga masak. Angkat.

Sos:
• Rebus semua bahan hingga pekat.
• Masukkan bola daging, masak hingga mendidih. Angkat.
• Taruh bokchoy di piring saji. Siram dengan Sos berikut boal dagingnya.
• Sajikan panas.

Untuk 4 orang

Resepi Kek Keju blueberry

Bahan :
1 buah sponge cake ukuran 20cm, dibahagi jadi 4 lapisan (hanya 1 lapis yang dipakai)

Bahan mousse cheese:
350 gram light cream cheese
350 gram gula pasir
600 gram whipped cream
5 helai gelatin, direndam sehingga lembut, dipanaskan hingga cair
100 gram white chocolate, diparut

Bahan filling:
300 gram blueberry dalam tin

CARA MEMBUAT :
1. Letakkan 1 helai sponge di dasar loyang. Asingkan.

2. Mousse: pukul cream cheese dan gula pasir sehingga lembut. Masukkan whipped cream sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.

3. Tambahkan gelatin cair. Kacau rata. Terakhir masukkan 3/4 bahagian white cooking chocolate parut, kacau rata.

4. Bagi adunan menjadi dua bahagian. Satu bahagian ke atas sponge. Ratakan. Tuang selai blueberry, ratakan ke seluruh permukaan adunan pertama dengan menggunakan plastik segitiga.

5. Terakhir, tutup kembali dengan adunan kedua sehingga penuh ke dalam loyang dan ratakan atasnya.

6. Simpan sekurang-kurangnya 2 jam dalam freezer. Keluarkan dari cetakan. Hias dengan taburan white cooking chocolate parut di atas permukaan cake. Hias dengan selai blueberry. Siap dihidangkan.

Resepi Bebola Bijan Hias Coklat

Bahan :
300 gr tepung gandum, ayak bersama 20 gr tepung kanji
1/2 sdt baking powder
1 sdt garam
2 butir telur, 1 butir pukul rata
75 gr marjerin
100 gr gula halus
50 cc susu cair
50 gr bijan, digoreng tanpa minyak
- - minyak untuk menggoreng

Hiasan :
100 gr coklat masakan, cairkan

Cara Membuat :
1. Pukul marjerin, gula hingga lembut. Masukkan 1 butir telur kacau rata. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama tepung kanji, baking powder, garam, tuang susu cair sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan dapat digulung.
2. Bentuk adunan sebesar guli, celup dalam telur lalu gulingkan pada bijan.
3. Goreng hingga kuning kecoklatan, angkat dan sejukkan.
4. Hias atasnya dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

Resepi Bebola Bijan Hias Coklat

Bahan :
300 gr tepung gandum, ayak bersama 20 gr tepung kanji
1/2 sdt baking powder
1 sdt garam
2 butir telur, 1 butir pukul rata
75 gr marjerin
100 gr gula halus
50 cc susu cair
50 gr bijan, digoreng tanpa minyak
- - minyak untuk menggoreng

Hiasan :
100 gr coklat masakan, cairkan

Cara Membuat :
1. Pukul marjerin, gula hingga lembut. Masukkan 1 butir telur kacau rata. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama tepung kanji, baking powder, garam, tuang susu cair sedikit demi sedikit. Kacau hingga adunan dapat digulung.
2. Bentuk adunan sebesar guli, celup dalam telur lalu gulingkan pada bijan.
3. Goreng hingga kuning kecoklatan, angkat dan sejukkan.
4. Hias atasnya dengan coklat masakan yang telah dicairkan.

Resepi Bebola Tahu Campur Kerang Masak Pedas

Bahan :
150 gram isi kerang
1/2 sdt jus limau nipis
250 cc air
- - minyak untuk menggoreng

Bola tahu :
200 gram tahu putih, haluskan
1 butir telur
1/2 sdt serbuk lada
1/2 sdt garam

Perasa :
4 buah bawang merah
4 ulas bawang putih
6 buah cabai merah
2 cm kunyit bakar
1 sdt garam
1 sdt air asam jawa
1 batang serai memarkan
2 helai daun salam
1 sdm gula merah

Cara Membuat :

1. Buat bebola tahu :
campur semua bahan menjadi satu, bentuk bulat dengan menggunakan senduk, goreng hingga masak.
2. Lumuri kerang dengan jus limau nipis, perap selama 30 minit, angkat dan asingkan.
3. Kisar bawang merah, bawang putih, cabai merah dan kunyit bakar.
4. Panaskan 1 sdm minyak, tumis bahan perasa hingga harum, masukkan serai, daun salam, gula merah dan air asam jawa. Masukkan kerang, masak hingga kerang berubah warna. Masukkan air dan bola tahu, masak hingga air sedikit berkurang.

Untuk 8 orang

Resepi Nasi Briani Johor

briani johor

BAHAN:
400 gr beras yang panjang
400 ml air
100 ml susu cair
5 sdm bawang goreng
2 sdt garam
2 biji tomato rebus, buang kulit dan bijinya
1 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
¼ sdt serbuk kunyit
2 sdm minyak goreng
1 biji tomato buang biji, potong dadu
1 btg daun seledri dicincang halus
1 btg daun bawang diris halus

HIRIS HALUS:
2 tangkai cili hijau
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bahan yang telah dihiris halus, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga harum. Tuang air, susu, bawang goreng dan tomato rebus, didihkan.

2. Masukkan beras dan garam, kacau sebentar, masak sehingga air terserap.

3. Tambahkan serbuk kunyit, kacau rata. Kukus sehingga masak.
4. Sebelum diangkat, masukkan potongan tomato, daun bawang dan seledri, kacau rata. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat, sajikan dengan lauk lainnya.

Untuk 6 orang.

Resepi Bahulu Zebra

Bahan:
250 gr telur
100 gr tepung gandum
100 gr gula pasir
75 ml santan panas
1/2 sdm ovalet
1 sdm serbuk coklat

Cara membuat:
1. Pukul telur dan gula pasir hingga pekat, masukkan ovalet, pukul hingga mengembang dan putih, masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan, kacau rata.
2. Bahagikan adunan menjadi dua, satu bahagian dimasukkan serbuk coklat, kacau hingga rata.
3. Siapkan loyang diameter 18 cm, oles dengan mentega dan dialasi kertas roti.
4. Tuang adunan putih bergantian dengan adunan coklat, hingga adunan habis.
5. Masukkan dalam dandang, kukus selama 35 minit. Angkat.

Untuk 12 potong

Resepi Rolade Tahu Sos Masam Manis

BAHAN KULIT:

2 btr telur, pukul rata
1 sdm minyak goreng
½ sdt garam

BAHAN ROLADE TAHU:

100 gr udang kupas, cincang halus
500 gr tahu putih, cincang haluskan
1 btg daun bawang, hiris halus
100 gr jamur butang, hiris halus
4 bh bawang merah, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 btr telur, pukul rata
1 sdt garam
½ sdt serbuk lada sulah

BAHAN SOS:

1 bh lada benggala hijau, potong dadu 1 cm
2 tangkai cabai merah besar, potong-potong
100 gr nanas, potong-potong dadu
8 sdm sos tomato
¼ bh bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
200 ml stock ayam
1 sdm tepung jagung ditambah 1 sdm air
1 sdm gula pasir
½ sdt garam
1/8 sdt cuka
3 sdm minyak goreng


CARA MEMBUAT:

1. Kacau bahan kulit, buat dadar nipis-nipis di periuk dadar anti lekat sehingga adunan habis, asingkan.
2. Kacau bahan rolade hingga rata. Ambil selembar plastik, letakkan selembar dadar, tuang setengah bahagian adunan rolade, gulung dan ikat kedua ujungnya, lalu kukus sehingga masak.
3. Buat sos: tumis bawang bombai dan bawang putih sehingga harum, masukkan paprika, cabai dan nanas, lalu tuang sos tomat, kaldu, gula, garam dan cuka. Tambahkan larutan maizena, masak sambil dikacau hingga meletup-letup.
4. Lepaskan plastik pelapis rolade, potong-potong rolade, sajikan dengan sos.
Untuk 8 orang.

Resepi Bahulu Pelangi

Bahan:
250 gr tepung gandum
225 gr gula pasir
4 btr telur
130 ml santan masak, sejukkan
1 sdt ovalet
- - Pewarna kuning, merah dan hijau

Cara membuat:
1. Pukul telur dan gula pasir hingga kembang, tambahkan ovalet, pukul hingga gebu. Tambahkan santan sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung gandum, kacau rata.

2. Bagi adunan menjadi tiga, satu bahagian kuning, satu bahagian beri pewarna merah dan satu bahagian pewarna hijau, kacau hingga rata.

3. Siapkan loyang yang sudah dioles dan dialas kertas roti, tuang adunan hijau. Masukkan ke dalam dandang, kukus hingga masak. Tuang adunan kuning, kukus lagi hingga masak, terakhir tuang adunan warna merah, kukus hingga masak. Angkat.

Untuk 15 potong

Resepi Botok Tempe Daun Melinjo

Bahan:
300 gr tempe, kukus, haluskan
150 gr daun melinjo, potong-potong
1/4 btr kelapa muda parut panjang
2 lbr daun salam, siat-siat
2 cm lengkuas, potong-potong
4 lbr daun limau purut, potong-potong
1 sdt garam
- - Daun pisang

Bahan untuk dihiris:
3 ulas bawang putih
7 bh bawang merah
2 tangkai cabai merah
2 tangkai cabai hijau

Cara membuat:
1. Kacau tempe, kelapa, garam dan bahan yang telah dihiris hingga rata, masukkan daun melinjo, ratakan.
2. Ambil daun pisang, letakkan daun salam, daun limau purut, lengkuas, bubuh 2 sdm adunan daun melinjo, bungkus dan semat dengan lidi.
3. Masukkan dalam dandang yang telah dipanaskan, kukus hingga masak, angkat, sajikan.

Untuk 6 orang

Resepi Botok Udang

Bahan :
1 biji kelapa muda, parut memanjang
500 gr udang sederhana, kupas kulitnya
3 btr telur
3 tangkai cabai merah, hiris serong nipis
2 tangkai cabai hijau, hiris serong nipis
4 ulas bawang putih, hiris halus
8 ulas bawang merah, hiris halus
3 lbr daun salam, carik kecil-kecil
1/2 sdm garam
- - daun basil
- - daun pisang, bersihkan

Tumbuk halus:
4 tangkai cabai merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
6 tangkai bawang merah
3 cm halia, kupas
3 cm kunyit, kupas

Cara membuat :
1. Kacau kelapa muda, udang, telur, cabai, bawang putih, bawang merah, garam, dan bahan tumbuk, kacau hingga rata.
2. Ambil dua lembar daun pisang, letakkan adunan kelapa, tambahkan daun salam, daun basil, bungkus dan semat.
3. Panaskan dandang, masukkan bungkusan udang, kukus selama 40 minit. Angkat.
4. Sajikan.

Untuk 20 bungkus

Resepi Brownies Pisang

Bahan:
4 - kuning telur
2 - putih telur
115 gr gula pasir
25 gr tepung gandum
25 gr serbuk coklat
1/4 sdt baking powder
60 gr mentega cair
25 gr dark cooking chocolate
6 bh pisang raja, hiris panjang nipis

Olesan:
150 gr dark cooking chocolate, cairkan
50 gr white cooking chocolate, cairkan
2 bh pisang raja kukus, potong 1 cm

Cara membuat:

Siapkan loyang ukuran 8 x 20 x 7 cm, alas plastik tahan panas, oles merjerin seluruh permukaannya.

Panaskan hingga mentega dan dark cooking chocolate cair besrama, asingkan.

Pukul telur, gula pasir hingga mengembang dan pekat, tambahkan campuran tepung gandum, serbuk coklat dan baking powder sambil diayak, ratakan.
Masukkan cairan coklat ke dalam adunan, kacau rata.

Tuang setengah bahagian adunan dalam loyang, kukus selama 20 minit, angkat, susunkan potongan pisang di atas adunan, tuang kembali sisa adunan, kukus hingga masak. Angkat, sejukkan

Oles bahagian atasnya dengan dark cooking chocolate, hias dengan white cooking chocolate, beri potongan pisang.

Untuk 16 potong

Resepi Brownies Kukus

BAHAN:
150 g coklat masak pekat
150 g mentega
1/8 sdt garam
3 butir telur ayam
100 g gula pasir
50 g coklat keping, siap pakai
50 g kismis

Ayak:
140 g tepung gandum
30 g serbuk coklat

Hiasan:
75 g coklat masak putih, cairkan

Cara Membuat:
1. Campur coklat dan mentega. Panaskan hingga cair. Angkat. Masukkan garam. Kacau rata. Asingkan.

2. Pukul telur bersama gula pasir hingga rata. Masukkan tepung gandum secara berperingkat sambil kacau hingga rata. Masukkan coklat cair sambil kacau terus hingga rata. Tambahkan 1/2 bahagian coklat keping dan kismis, kacau kembali hingga rata.

3. Tuang ke dalam loyang persegi ukuran 20 x 20 x 3 cm yang sudah diolesi mentega dan ditaburi gandum. Ratakan. Taburi permukaannya dengan sisa coklat keping dan kismis.

4. Kukus dalam dandang panas dengan api kecil selama 30 minit hingga masak. Angkat. Keluarkan dari loyang. Sejukkan.

5. Hias permukaannya dengan coklat masak putih. Diamkan hingga coklat mengeras. Potong-potong ukuran 4 x 4 cm. Sajikan.

Untuk 16 potong

TIP:
• Coklat keping dapat diganti dengan coklat masak yang dicincang kasar.
• Adunan brownies tidak usah dipukul terlalu lama hingga pekat dan mengembang tetapi cukup sehingga rata saja supaya brownies tidak menjadi bantat.
• Kukus brownies di atas api kecil agar tekstur tidak berlubang-lubang besar.

Resepi Brownies Karamel

BAHAN :
150 gram dark cooking chocolate, dipotong-potong
125 gram merjerin
50 gram gula pasir
3 butir telur
130 gram tepung gandum
20 gram serbuk coklat
1 sdt baking powder
100 gram biji gajus,goring tanpa minyak dan dicincang kasar

BAHAN KARAMEL :
200 gram gula pasir
80 ml air

CARA MEMBUAT :
1. Untuk membuat karamel karamel, masukkan gula pasir dalam periuk tebal, panaskan hingga cair. Tuang air lalu kacau hingga larut, sejukkan.

2. Cairkan dark cooking chocolate dan merjerin. Asingkan. Pukul telur dan gula hingga kembanng, masukkan campuran coklat dan karamel yang sudah deisejukkan tadi, kacau rata.

3. Ayak tepung gandum, serbuk coklat, dan baking powder di atas adunan sambil dikacau rata.

4. Taburkan dua pertiga biji gajus cincang. Kacau hingga kacang merata. Tuang adunan ke dalam loyang brownies 10x30 cm yang dioles merjerin dan dialas kertas roti. Taburkan sisa biji gajus cincang di atasnya.

5. Bakar di dalam oven selama 35 minit dengan suhu 160° Celsius.

Untuk 12 potong

Resepi Kek Brown Chiffon

BAHAN I:
6 putih telur
½ sdt cream of tartar
100 gr gula pasir

BAHAN II:

6 kuning telur
100 gr gula palem
1 sdm bumbu lapis legit
150 gr tepung gandum
½ sdt baking powder
75 ml minyak goreng
150 ml santan

CARA MEMBUAT:
1. Kacau bahan II hingga rata, asingkan.
2. Bahan I: pukul putih telur dan cream of tartar hingga setengah mengembang, masukkan gula pasir sedikit-sedikit sambil pukul hingga mengembang.
3. Sendokkan putih telur pukul sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung sambil dikacau rata.
4. Tuang adunan ke loyang chiffon, panggang dengan suhu 170° Celsius hingga masak dan berkulit.
5. Balikkan loyang di atas pinggan dan sejukkan. Keluarkan kek dari loyang dengan menggunakan pisau, potong-potong, sajikan.

Untuk 12 potong.

Resepi Ayam cornflake

Bahan-bahan

1 keping dada ayam
50g tepung gandum
1 biji telur gred b
2 sudu besar air
cornflake tanpa perisa secukupnya

Bahan perap

1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

Bersih dan potong ayam kecil-kecil. Perapkan dengan bahan perap selama lebih kurang 10 minit.
Masukkan cornflake ke dalam beg plastik. Ramas biar kasar-kasar. Masukkan tepung, telur dan air ke dalam mangkuk. Kacau biar sebati.
Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung tadi. Kemudian letak pulak ke dalam beg plastik cornflake. Tutup mulut beg plastik tadi. Goncangkan biar cornflake bersalut pada ayam
Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau ayam masak.

Resepi Ayam percik 3

Bahan-bahan
  1. satu ekor ayam, dibelah 4.
  2. untuk perap - ditumbuk
  3. 2 @ 3 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. satu inci halia
  6. sedikit serbuk jintan manis
  7. sedikit serbuk jintan putih
  8. garam secukup rasa

bahan kuah (percik)

*sebiji bawang besar ( kulit kuning)
*4@5 biji bawang merah
*7-10 tangkai cili kering
*satu inci halia
*sedikit belacan
1 keping asam keping
4 -5 batang serai - diketuk
santan diambil dr setengah biji kelapa
1 sudu makan tepung beras
secubit serbuk perasa
sepotong gula melaka
garam, gula


Cara-cara

Ayam dibersihkan. dan dilumurkan dengan bahan perap. perap ayam sekurang-kurangnya utk setengah jam ( lg lama lagi baik)

Untuk membuat kuah percik, kisar bahan bertanda * .

Setelah itu, bahan kisar hendaklah di tumis dengan sedikit minyak hingga garing.
Sesudah garing, blhlah di masukkan santan, ayam yg telah diperap, asam keping, serai, dan semua sekali.

Masak hingga mendidih dan biarkan ayam masak.

Sekatakan rasa masam, masin dan manis. kalau suka blhlah ditambahkan sedikit gula.
Masak hingga kuah pekat.

Bila dah siap, tutup api. asingkan ayam daripada kuah.

Bakar ayam untuk seketika. letakkan sedikit kuah pada ayam waktu membakar. ulangi proses tersebut untuk 2 @ 3 kali. boleh la di hidangkan.

Resepi Ayam percik 2

Bahan-bahan ( 4 org )
Bahan Kisar
10 cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 btg serai


8 ketul ayam
250 ml santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung serbaguna
2 kiub pati ayam

Cara-cara

semua bahan kisar dicampur dgn santan, gula, tepung dan kiub pati ayam.
kemudian, masukkan campuran itu ke dalam mangkuk bersama ayam utk dibakar selama 30 minit @ 210 celcius.

Resepi Ayam percik 1

Bahan-bahan

1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Resepi Tauhu Ayam

Bahan-bahan

1 keping dada ayam
280g tauhu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada
3 tangkai daun sup
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara-cara

Cincang isi ayam
Lecek tauhu dengan garfu
Potong halus daun sup
Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Resepi Gulai Ayam Pakistan

Bahan-bahan

6-8 ketul ayam
1 tin plum tomato (bukan tomato puri)
1 labu besar bawang (dihiris)
5 biji cili hijau (tambah ikut suka pedas)
50gm daun ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk ketumbar
minyak untuk menumis
garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

Bersihkan ayam terlebih dahulu
Blend cili hijau bersama daun korianda/ketumbar
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hiris hingga naik bau dan layu
Masukkan bahan yang di blend tadi, kacau dan masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar.
Lepas tu baru masukkan ayam, garam dan perasa secukupnya...
Masak sampai ayam empuk dengan api perlahan dan kuahnya agak pekat

p/s: Resepi ini tak gunakan air atau santan...

Resepi Kari Ayam Madras

Bahan-bahan

1 ekor ayam-potong2 ikut suka
1 daun kari
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 in halia-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam
6 biji ubi kentang-potong2
1 cawan air
2 batang carrot-potong2
1/2 cawan santan

Bahan tumis:-

1 bawang besar-dihiris
4 buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kayu manis
minyak secukupnya

Cara

Gaulkan ayam dengan bahan2 tumbuk dan rempah2. Perap selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis. Masukkan ayam, kacau. Masukkan santan dan lain2.
Masak hingga ayam dan ubi kentang empuk.
*Masakan ni sedikit pekat.

Resepi brokoli sos keju

Bahan :
300 gram brokoli, di potong-potong

Bahan Sos:
1 buah bawang bombay, dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dihiris nipis
3 sdm tepung gandum
300 ml susu cair
2 sdm mentega
50 ml krim pekat
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 sdt serbuk buah pala
50 gram keju parut
50 gram keju cheddar diparut untuk taburan

Cara :

1. Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga layu, masukkan tepung gandum sambil dikacau hingga menggumpal.
2. Tuang susu sambil dikacau hingga rata. Tambahkan krim pekat, garam, serbuka lada hitam, serbuk pala, dan keju cheddar sambil dikacau hingga meletup-letup.
3. Rebus brokoli dalam air mendidih sehingga masak, toskan. Siram dengan sos keju lalu taburkan keju cheddar parut.
4. Bakar ke dalam oven selama 15 minit. Sajikan semasa masih panas.

untuk 5 orang

Resepi brokoli panggang

Bahan:
6 biji kentang ukuran sederhana
200 gr brokoli, pisahkan kuntumnya
4 sdm mentega
- - kertas aluminium

Sos keju:
4 sdm mentega
3 sdm tepung gandum
350 ml susu
50 ml krim
1 sdt mustard
½ sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam
100 gr keju asap (smoked cheese)-parut

Cara membuat:
Cuci bersih kentang, cucuk-cucuk dengan garpu, balut dengan kertas aluminium, panggang dalam oven sampai kentang masak.
Rebus brokoli dalam air mendidih selama 5 minit, angkat, toskan.
Keluarkan kentang dari oven, buat keratan menyilang pada salah satu permukaanya, tekan hingga kentang merekah.

Sos keju:
Panaskan mentega dalam periuk, masukkan tepung gandum, kacau sambil masukkan susu sedikit demi sedikit. Masak di atas api kecil sambil dikacau hingga pekat, kemudian tambahkan krim dan keju parut, kacau rata.
Letakkan potongan brokoli di atas kentang, tuang sos keju di atasnya, sajikan.

Untuk 6 orang

Resepi brownies putih telur

Bahan:

100 gr merjerin
100 gr dark cooking chocolate, potong-potong
225 gr gula pasir
6 - putih telur
130 gr tepung gandum
25 gr serbuk coklat
½ sdt baking powder
50 gr biji gajus, cincang kasar

Cara:

1. Panaskan merjerin bersama dark cooking chocolate sehingga sebati. Ketepikan.
2. Pukul putih telur hingga separuh kembang. Masukkan gula pasir dan pukul lagi hingga kembang..
3. Masukkan tepung gandum, serbuk coklat dan baking powder sambil diayak.
4. Masukkan campuran dark cooking chocolate dan merjerin. Kacau rata. Masukkan ke dalam cetakan brownies.
5. Taburkan biji gajus di permukaan adunan. Bakar ke dalam oven selama 45 minit dengan suhu 160° C.

Untuk 12 potongan

Resepi Tahu Taugeh Masak Taosi

BAHAN:
1 keping tahu (300 gram), potong 2 X 2 cm
100 gram taugeh, bersihkan dan buang akar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai lada merah, potong bulat 1cm
3 tangkai lada hijau, potong bulat 1cm
1 sdm taucu
1 sdm gula jawa
1 lembar daun salam
2 cm halia , diketuk
1 sdm kicap manis
1/2 sdt garam
1 hati ayam
- - minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, goreng tahu hingga kekuningan, angkat, toskan.
2. Panaskan 2 sdm minyak sisa menggoreng, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan halia, tauco, daun salam, gula jawa, dan garam.
3. Masukkan tahu, hati, kicap manis, lada merah, lada hijau, dan taugeh, gaul rata, angkat.

Resepi Tahu Bersama Taucu

Bahan:
3 keping tahu putih ukuran 10 x 10 x 3 cm dipotong segi empat ukuran 3 x 4 x 1 cm
20 tangkai lada api
4 tangkai lada hijau dipotong nipis menyerong
6 biji bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 sdm Taucu
1 sdt kicap manis
- - Daun salam secukupnya
- - Lengkuas secukupnya
- - Minyak goreng secukupnya

Cara Membuat:
1. Tahu yang sudah dipotong digoreng sampai warnanya kecoklatan
2. Panaskan minyak goreng sedikit kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih
3. Kalau sudah harum, masukkan lada hijau, lada api, salam, lengkuas, taucu, kicap manis dan tahu
4. Gaul-gaul sehingga kesemua meresap pada tahu
5. Sedia untuk disajikan…

Resepi Taugeh bersama tahu

Bahan:
200 g tahu putih
1/2 sdm minyak masak
1 ulas bawang putih, parut > gaul
1 sdm sos BBQ > bersama
1 sdt kicap manis > hingga
1/2 sdt serbuk lada sulah > sebati

Sayuran:
1 sdm minyak masak
1 ulas bawang putih, cincang
2 batang daun bawang, potong 2 cm
100 g taugeh kasar, bersihkan
1 sdm sos tiram
1/2 sdt serbuk lada sulah
1 sdt garam

Cara membuat:
Gaul rata tahu bersama bahan sos yang telah digaul rata. Perap selama 30 menit. Toskan dan ketepikan sos perapan tadi.
Panaskan kuali, ratakan minyak, masak tahu hingga kering kedua belah sisinya.
Angkat, potong dadu dan ketepikan.
Tumis bawang putih hingga harum.
Masukkan daun bawang dan tauge, kacau hingga layu.
Masukkan sos perapan tadi, kacau rata.
Masukkan tahu, kacau hingga rata. Angkat dab sajikan.

Resepi Petis Tahu dan Telur

Sajian untuk 4 orang.

Bahan:
4 biji telur ayam, pukul kembang
2 keping tahu putih, potong dadu kecil
1 btg daun bawang, hiris halus
1/2 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada
minyak untuk menggoreng
100 gram taugeh, buang akarnya
100 gram kobis, buang tulang daunnya, iris halus
2 btg seleri, hiris halus
1 sdm bawang goreng

Petis:
7 tangkai cili api
3 sdm bawang putih goreng
1/2 sdm petis udang
1/2 sdt garam
3 sdm kacang tanah goring, tumbuk separa kasar
5 sdm kicap manis
2 biji limau nipis, ambil jusnya
50 ml air panas


Cara membuat:

1. Gaul telurbersama daun bawang, garam, dan serbuk lada sampai rata. Masukkan potongan tahu, kacau rata.
2. Goreng adunan tahu di atas kuali leper hingga kecoklatan. Angkat dan ketepikan.
3. Celur berasingan taugeh dan kobis, ketepikankan.

Petis:
1. Kisar cili api, bawang putih goreng, petis, dan garam sehingga menjadi paste. Masukkan kacang tanah goreng dan kisar rata.
2. Masukkan kicap, jus limau, dan air panas. Kacau rata, ketepikan.


Penyajian: letakkan tahu telur dalam piring saji, susun kobis dan taugeh di atasnya. Tabur hirisan seleri dan bawang goreng, tuang petis ke atasnya.
Related Posts with Thumbnails