Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Ikan Masak Sambal


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan kembung/ ikan selar (bersihkan)
garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk ikan goreng)
8 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit belacan
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan minyak untuk menggoreng ikan. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
Goreng ikan hingga masak kedua-dua belah. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Tumis semua bahan tumbuk dan belacan hingga naik bau. Masukkan cili dan asam keping. Masukkan garam dan gula. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.

Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails