Jubah Baru

Resepi Ketam Goreng Telur WanNo

Harini teringin nak makan ketam. Balik keje terus pegi Giant beli 2 ekor ketam bunga. Mula-mula rasa nak masak lemak cili api. Bila dah sampai rumah rasa malas pulak nak menggulai, jadi buat ketam goreng dengan telur je.

Idea resepi ni datang dari kedai makan ala thai kat area rumah. Kat kedai tu ada jual nasi goreng ketam. Sepinggan RM6.50. Memang sedap tapi tak puas makan ketamnya. Nak puas makan ketam kena masak sendiri la jawabnya... :-)

Ni dia gambar ketam goreng bertelur yang dimasak balik kerja tadi.



Siapa peminat ketam, bolehla cuba resepi simple ni.

Resepi Ketam Goreng Telur WanNo (saje nak interframe... hehe)

Bahan-bahan:

2 ekor ketam, bersihkan dan belah dua
1 sudu tepung beras
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Minyak masak untuk menggoreng
sos cili Thai
sayur salad dan mini tomato sebagai ulaman

Cara penyediaan:

Panaskan minyak untuk goreng terendam.

Satukan tepung beras, garam dan telur. Gaul rata.
Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan lumur rata.
Goreng ketam hingga masak dan garing.

Setelah masak, angkat dan toskan minyak di atas tisu.

Susun sayur salad dan mini tomato pada pinggan hidangan.
Letakkan ketam yang telah digoreng. Tuangkan sos cili Thai secukupnya.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails