Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Ayam Penyet



Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.

7 comments:

WanYgBest said...

Hari tu 1st time mkn ayam penyet kat Malaysia, mak ai...tekejut tgk total yg saya kena byr. Skrg ni tetibe teringin nak mkn, alhamdulilah tejumpa blog awak.

Nak cuba hari nih jugak! hehehe...terima kasih sbb kongsi resepi. Saya letak link blog awak kat blog saya boleh?

rasyena said...

Harga ayam penyet di malaysia sangat mahal. RM13 sepinggan, padahal modalnya sangat mudah. Sambalnya sangat sedap.

Budak Pantai said...

wah..naseb baek ader yg sangup share resepi ns ayam penyet...

tp mujur la..kt UTM n sekitar taman u tu...harge utk nasi ayam penyet still rm 4.50..sedap tu..tambah2 kalu dah sampai johor nh..kalu singgah ker UTM,n g ke TMN U..try cari Restoran Pinang..sambal dier mmg kaw..siap tambah agh tuh..utk pekena ngan ns ayam penyet.. mmg besh..

hantumusic said...

huhu resipi ayam penyet utm restoren pinang tu mmg 5 star....hehe sejak dah grad nie... dah lm x mkn....huhu

rabiatuladawiyah said...

ad ag satu kdai kat taman u yg aym penyet de besh..kadai 2 kat dpn row pinang.kat ujung ag kalo dr pinang.kat dpn suria gym.try la.sambal de len sket dr pinang,tp mmg sdp.tp sape2 yg suke pds cam kat pinang 2 de x suke la raseny,cz kdai ni pds jgk.tp x sehebat pinang la.

syifa eryna said...

kat tmpat saya di pasir gudang...saya mkn n.ayam penyet di kg pasir putih harga dlm rm5@6...mmg sdap..sntiasa rmai org...smpai trbyan2 nak mkan lg hehe..smbal nya x pyah la nak ckp...ermmm sdap....nak cuba jugak wat sndiri...

AbdulAziz said...

T Q SHARE RESEPI AYAM PENYEK. DAH LAMA CARI... BARU JUMPA... MESTI CUBA... TENGOKKAN RESEPI NYE PASTI SEDAP..

Related Posts with Thumbnails