Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Cendol



Resepi Cendol
(Cendol Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:
10 helai daun pandan
2 ½ cawan air
Beberapa titik pewarna hijau
½ cawan tepung kacang hijau
1 buku gula sira
1 sudu makan gula pasir
1 biji kelapa parut - dapatkan santan dengan 2 cawan air
Secubit garam

Cara penyediaan:

Tumbuk/kisar daun pandan. Tapis dan dapatkan patinya.
Campurkan pati daun pandan dengan 2 cawan air dan beberapa titik pewarna hijau dan tuang ke dalam periuk.
Masukk tepung kacang hijau dan kacau di atas api sederhana. Kacau berterusan sehingga berbuih. Tutup api.
Masukkan adunan ke dalam acuan cendol atau tapis adunan ke dalam besen/ mangkuk besar yang mengandungi air sejuk berais.(Tekan dengan sudu jika menggunakan penapis)
Tos air berais dan sejukkan cendol yang terhasil.
Sementara itu didihkan ½ cawan air bersama gula sira dan gula pasir untuk membuat air gula sira.
Setelah mendidih dan gula larut sepenuhnya, tutup api, tapis dan sejukkan.Ketepikan.
Masukkan garam ke dalam santan dan kacau rata.

Untuk hidangkan cendol, masukkan 1 sudu makan cendol ke dalam mangkuk atau gelas, masukkan 1 sudu makan air gula sira dan 1 cawan santan. Masukkan ais jika suka.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails