Jom Cantik!

Resepi Kari Daging (Gulai Daging)




Resepi Kari Daging
(Beef Curry Recipe - click here for English)

600 gm daging
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
300 gm kentang
5 sudu makan serbuk kari daging
4 cawan santan
6 bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kayu manis
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
25 gm kelapa parut — goreng tanpa minyak dan tumbuk jadi kerisik
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Bersihkan daging, potong kecil-kecil dan toskan.
2. Bancuh serbuk kari dengan 1 cawan air.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga naik bau kari.
5. Masukkan daging dan sedikit air, gaul rata.
6. Masukkan kerisik, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
7. Kacau perlahan-lahan, masukkan santan, kentang dan garam.
8. Renehkan sehingga daging dan kentang empuk.

Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

~Nur Zulaiha~ said...

waa...thankz
nie first time msk kari.. n ia jadi
sedap.. cma sedikit cair,, mybe kurang kari kot...

~Nur Zulaiha~ said...

sdah cuba n sedap.. cma kurang pekat,, mgkin kurang serbuk kari..

thankz ya.. :)

Wan said...

Nak pekat, reneh sampai keluar minyak.

Related Posts with Thumbnails