Jom Cantik!

Resepi Kari Ikan (Tenggiri)


Resepi Kari Ikan (Tenggiri)
(Fish Curry Recipe (mackerel)-click here for English)

Bahan-bahan:

4 keping ikan tenggiri
2 biji tomato – belah 4
5 kacang bendy
4 bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai lada hijau
2 sudu teh serbuk kari – bancuh dengan 2 sudu air
2 cawan santan pekat – dari sebiji kelapa
½ cawan jus asam jawa
1 tangkai daun kari
2 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Masukkan daun kari.
3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan tomato, bendy, dan jus asam jawa. Masak selama 10 minit.
5. Masukkan ikan dan biarkan mereneh buat seketika. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

3 comments:

asmat said...

ikan tenggiri kena rebus dulu tak sebelum masuk lam kari tu?

Robiah Ana said...

nampak sdap,..boleh cuba nti.

maz said...

nak cuba resipi ni untuk berbuka ptg nti..harap-harap menjadi. tp pg td terlupa beli daun kari..

Related Posts with Thumbnails